Sebelum bergelar usahawan kosmetik, Nur Sajat aktif dalam bidang peragaan dan sehingga kini beliau tetap mencintai bidang itu.
Baru-baru ini, timbul khabar angin mengatakan Sajat telah melaburkan ratusan ribu ringgit untuk menaja pertandingan ratu cantik transgender. Tentunya perkara itu mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak.
Bagaimanapun, Sajat menafikan dakwaan tersebut. Jelasnya, beliau hanya menaja pertandingan Miss Grand Malaysia 2019 dimana kesemua peserta pertandingan itu terdiri daripada wanita sahaja. Tidak faham kenapa isu transgender boleh berbangkit.
Tak ada isu transgender dan tak mungkin orang akan kaitkan langsung dengan Miss Grand Malaysia. Segala maklumat awal dikongsi mengenai pertandingan ini juga sudah menjelaskan bahawa calon yang menyertainya terdiri daripada golongan yang 100 peratus wanita.
Yang nak membawang, teruskan membawang, kerana saya hanya bertindak sebagai penaja saja.Kalau mereka tetap rasa ada transgender, terpulang, kita tak boleh halang tapi yang pasti pertandingan ni memang untuk wanita.
Tujuan Sajat melabur ratusan ribu ringgit dan bekerjasama dengan pihak penganjur pertandingan ratu cantik itu adalah bagi mengetengahkan bakat wanita dan menaikkan martabat mereka.