Semalam, berita Nur Sajat bertemu dengan pihak JAKIM yang ingin membantu menyelesaikan masalah kekeliruan jantina mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat dan juga pelakon, Sharnaaz Ahmad.
Menerusi akaun Twitternya, Sharnaaz meminta agar Sajat jujur sahaja tentang jantinanya. Dikenali sebagai seorang yang “lantang” bersuara, Sharnaaz juga berharap tiada lagi pihak yang terus “menghalalkan” setiap perlakuan Sajat agar ia tidak mempengaruhi serta menjadi ikutan ramai dan meminta pihak yang sepatutnya menjalankan tanggungjawab mereka terhadap isu berkenaan.
Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Sharnaaz dan mengakui sudah tiba masanya isu pondan dan seangkatan dengannya ditangani habis-habisan.
Khabarnya, petang semalam Sajat bersama ibu bapanya sudah bertemu dengan pihak JAKIM. Malah, katanya sudah ada jalan penyelesaian berkaitan status jantina Sajat. Apa agaknya hasil perjumpaan mereka itu? Harapnya, segala persoalan telah terjawab.