Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat, tampil menggesa para selebriti serta pempengaruh supaya menggunakan platform media sosial masing-masing untuk bersuara mengenai misi Global Sumud Flotilla (GSF).
Misi kemanusiaan yang menghimpunkan delegasi dari 45 negara itu kini berdepan cabaran apabila 23 aktivis dan sukarelawan Malaysia ditahan secara tidak sah oleh rejim Zionis selepas kapal mereka dipintas.
Seruan itu menerima pelbagai reaksi netizen. Rata-rata bersetuju dan memuji keberanian Sajat, malah ada yang menyifatkannya berani bersuara ketika ramai influencer lain hanya sibuk berniaga secara ‘live’.
Antara aktivis Malaysia yang kini ditahan termasuk penyanyi Heliza Helmi, adiknya Nur Hazwani Afiqah, Zizi Kirana, serta beberapa lagi sukarelawan yang menaiki kapal flotilla berbeza.