Sajat Didenda RM14,500 Kerana Memiliki Dan Menjual Produk Kosmetik Tidak Berdaftar

Hiburan

Sajat Didenda RM14,500 Kerana Memiliki Dan Menjual Produk Kosmetik Tidak Berdaftar

Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat telah didenda hampir RM14,500 di atas tuduhan memiliki dan menjual produk kosmetik tidak berdaftar dan bernotifikasi.

Syarikat Sajat iaitu Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd telah dijatuhkan hukuman berikut oleh Majistret Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli selepas mereka menukar pengakuan daripada tidak bersalah kepada bersalah di atas 17 tuduhan yang dihadapi.

Advertisement

Mengikut kertas dakwaan, Orang Kena Saman (OKS) yakni syarikat terbabit memiliki beberapa keluaran tidak berdaftar iaitu ‘Esansue White 5 ml’, ‘Aqua Skin Collagen’, ‘Bio Swiss Bio-Celeren Stem Cell’ dan ‘Placenta Lucchine’.

Manakala bagi produk tidak bernotifikasi pulak ialah produk ‘Soothing Ampaule’, ‘Upgrade Whitening Ampaule’ dan ‘Pure Collage Ampaule’.

View this post on Instagram

Bila paparazzi ambil gambar nursajat…. Cantik pulak pic ini?

A post shared by Nur Sajat (@nursajat23) on

OKS berikutnya telah disabitkan kesalahan di bawah Peraturan 30(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Peraturan 18A(1) dan Peraturan 7(1) peraturan yang sama dan membawa hukuman denda tidak melebih RM50,000.

Dalam pada itu, peguam bela syarikat Sajat telah memohon rayuan supaya hukuman dikurangkan berikutan perniagaan anak guamnya sedikit terjejas berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.

Sajat dilihat turut memberi respon dengan memuat naik sebuah entri menerusi ruangan instagramnnya dan menyifatkan apa yang telah berlaku itu sebagai pengajaran buatnya.

“Alhamdullilah…semua dah selesai. Terima kasih buat hakim lagi bijak sana, terima kasih lawyer saya. Apa yang terjadi menjadi pengajaran sebagai seorang ahli perniagaan, buang yang keruh ambil yang jernih, Amin..” – Muhammad Sajad

Sumber : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...