Sajat Bersuara Isu Perceraian Fattah & Fazura – “Over Betul, Perangai Macam Lalang”

Hiburan

Sajat Bersuara Isu Perceraian Fattah & Fazura – “Over Betul, Perangai Macam Lalang”

Usahawan kontroversi, Nur Sajat menzahirkan pendapatnya mengenai isu perceraian di antara pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin hingga melibatkan pandangan ramai pihak.

Menerusi satu siaran langsung TikTok, Sajat berkata ramai yang ‘menambah garam’ dan menjadi batu api dalam isu hangat tersebut.

Advertisement

Selama ini aku tengok Fazura dan Fattah tak ada langsung gosip fasal diorang.

Pada saya, mereka berdua ini adalah selebriti yang sangat eksklusif dan diaorang pun bukan jenis artis yang suka canang dan jaja cerita sana-sini.

Tapi korang (netizen) yang paksa dia bercakap lepas itu, bila dia bercakap korang kata dia ‘play victim’ pula.

Tolonglah bagi Fattah dan Fazura ruang, bukannya tambah benda bagi benda lagi jadi panas. Aku baca pun, ‘Astaghfirullah’.

Katanya lagi, ramai yang menjadi ‘lalang’ dalam topik ini dan ramai pula yang sewenang-wenangnya mahu memboikot bisnes tudung yang diusahakan Fazura.

@ohbulanofficial

Sajat pun memahami situasi mereka ???#ohbulan #fyp #news #sajat #memberi #nasihat #teguran #netizen #fattahamin #fazura #cerai

? Jiwa Yang Bersedih – DENII

‘Over’ betul korang ini, perangai macam lalang. Siap ada yang nak boikot bisnes tudung dia. Habis kalau korang boikot tak nak ‘support’, korang nak suruh dia buat apa?

Tapi kalau orang tak nak ‘support’ pun Fazura pun, dia lawa. Petik ja jari, ramai yang nak dia.

Sekadar info, Fattah dan Fazura telah sah bercerai talak satu pada 9.45 pagi pada Isnin lalu setelah tujuh tahun berumah tangga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Iman tang dakwa label ambil kesempatan
3 months ago

"Jangan Ambil Kesempatan, Tolong Pakai Otak" - Pengurus Fazura Anggap Syarikat Rakaman Lagu 'Bertahan Demi Cinta' Menangguk Di Air Keruh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...