Saintis ‘Padam’ HIV Dari Sel Manusia, Mungkin Temui Cara Sembuhkan AIDS

Trending

Saintis ‘Padam’ HIV Dari Sel Manusia, Mungkin Temui Cara Sembuhkan AIDS

Sehingga kini, HIV tidak mempunyai penawar kerana ia memasukkan genomnya pada DNA manusia dengan licik sehingga mustahil bagi sistem imun manusia untuk menghilangkannya.

Walaupun rawatan HIV masa kini adalah efektif, pesakit perlu diberi dadah bertoksik secara berkala untuk seumur hidup bagi mengelakkan kesihatan menjadi semakin buruk. Namun kini, pengkaji dari Temple University mungkin telah menemui cara untuk menghapuskan HIV dari badan pesakit buat selamanya dengan menggunakan ‘penyunting’ HIV berkejuruteran tinggi.

Advertisement

Begini cara ia dilakukan: pengkaji menganalisa sebahagian dari sistem imun kita yang menentang jangkitan dan membina helaian ‘RNA panduan’ yang terdiri dari 20 neuklotida (pembina blok RNA).

Helaian RNA ini disuntik ke dalam sel manusia yang dijangkiti oleh HIV, seperti sel-T. Di situ, RNA akan menyasarkan bahagian hujung gen HIV dan memotong kesemua 9,709 neuklotida yang membina genom HIV. Memandangkan ‘RNA panduan’ tidak mengandungi rangkaian DNA manusia, ia akan mengekalkan sel rumah—tetapi sel rumah ini akan bebas dari HIV.

Walaupun saintis menghapuskan virus itu dari sel berkultur, masih ada pelbagai rintangan yang perlu dihadapi sebelum terapi seperti itu sedia dilaksanakan ke atas manusia. Disebabkan HIV mempunyai kecenderungan untuk bermutasi, mungkin terdapat pelbagai varian HIV yang telah bermutasi akan perlu dihapuskan oleh rawatan seperti itu.
8325694e42d4415cbe0af46c4787c273
Cabaran lain ialah untuk melaksanakan terapi RNA ini kepada setiap sel yang dijangkiti HIV, memandangkan untuk merawat AIDS dengan sepenuhnya, penghapusan virus itu perlu disempurnakan secara menyeluruh.

Pengkaji Temple University, Kamel Khalili berkata:

Kami sedang mengusahakan beberapa strategi supaya kami boleh membawa binaan ini kepada peringkat kajian pra-klinikal. Kami mahu menghapuskan setiap salinan HIV-1 dari pesakit. Itu sudah pasti akan menyembuhkan AIDS.

Laporan asal: Engadget

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...