Saintis Mendapati Virus COVID-19 Berkemungkinan Bukan Dari Wuhan Dan Sudah Wujud Sejak September

Trending

Saintis Mendapati Virus COVID-19 Berkemungkinan Bukan Dari Wuhan Dan Sudah Wujud Sejak September

Beberapa saintis telah mengambil bahagian dalam penelitian semula tentang asal usul penularan virus COVID-19. Wabak yang dikatakan bermula di Wuhan pada Disember lepas disangkal oleh saintis yang mengatakan virus tersebut mungkin sudah muncul sejak September lagi. Selain itu, virus ini juga mungkin bukan berasal dari China seperti yang dikatakan.

adira backup andika putera geng old money
4 hours ago

"Kita Pakai Sebab Kita Suka, Bukan Nak 'Impress' Orang" - Adira Tampil Pertahankan Andika Isu 'Old Money'

Advertisement

Kumpulan saintis yang diketuai oleh Peter Forster, ahli genetik di University of Cambridge di United Kingdom telah menjalankan kajian untuk memahami proses sejarah yang menyebabkan berlakunya kemunculan pandemik COVID-19.

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti individu pertama yang mendapat virus tersebut sekali gus menjadi punca kepada penyebaran virus yang dahsyat ini. Analisis yang dilakukan melibatkan lebih 1,000 genom koronavirus. Genom diuji berdasarkan tarikh pesakit yang dijangkiti dan jenis virus yang menjangkiti.

jenis virus A, B dan C

Saintis meletakkan kategori virus yang dikenalpasti sebagai A, B dan C. A didapati paling dekat dengan koronavirus, iaitu virus yang terdapat pada kelawar serta dianggap genom virus asli kepada manusia. A juga didapati pada individu berwarganegara China dan Amerika dengan versi mutasi yang didapati dari Australia dan Amerika Syarikat.

Kajian turut mendapati A adalah virus yang tidak terdapat dalam kebanyakan kes di Wuhan, seperti yang diperkatakan tempat bermulanya virus COVID-19 mula merebak. Sebaliknya, pesakit di Wuhan lebih banyak dijangkiti oleh virus jenis B.

penyelidikan COVID-19

Penyelidik mengemukakan andaian bahawa wujud satu lagi asas untuk jenis B di Wuhan. Jenis C adalah versi terbaru kepada jenis B yang telah dikenal pasti dalam kes-kes di Eropah, Korea Selatan, Singapura dan Hong Kong pada awalnya. Namun, tidak menunjukkan tanda kewujudan di negara China.

Data terkumpul oleh Forster dan kumpulan saintis, mereka telah membuat kesimpulan bahawa wabak COVID-19 telah muncul antara 13 September dan 7 Disember. Anggaran waktu yang dinyatakan ada kemungkinan berlakunya ralat jika kadar mutasi masih berterusan.

Di Wuhan, hampir semua pesakit yang diasingkan dijangkiti virus jenis B sehingga 17 Januari lepas. Wilayah sekitar 500 batu dari Wuhan, Guangdong mendapati 11 pesakit yang dirawat tujuh daripadanya memiliki virus jenis A.

Penyelidikan yang dijalankan ini akan dimasukkan ke dalam Proceedings of the National Academy of Sciences (PNAS) pada bulan April. Kes jangkitan COVID-19 yang pertama setakat ini dikesan pada 17 November. Lelaki berusia 55 tahun dari wilayah Hubei (ibu kota Wuhan) telah dikesan sebagai pesakit kes pertama COVID-19.

kelawar

Virus COVID-19 dipercayai telah berpindah daripada seekor haiwan berkemungkinan kelawar kepada manusia. Tetapi tiada bukti kukuh yang menunjukkan bila dan di mana perkara itu berlaku.

Disember lalu juga menyaksikan kumpulan kluster pertama telah dikaitkan dengan makanan laut di Wuhan. Ini juga menyebabkan terdapat pendapat yang mengatakan virus COVID-19 bermula di situ. Kajian lain yang diterbitkan di Lancet, laman portal jurnal kajian menunjukkan beberapa pesakit pertama yang dijangkiti virus tersebut langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pasar yang dikatakan menjual haiwan liar di Wuhan.

saintis

Virus COVID-19 walau bagaimanapun telah memberi kesan yang teruk kepada seluruh penduduk dunia. Setelah empat bulan virus ini merebak, angka jangkitan sudah melebihi 1.5 juta orang di seluruh dunia. Terdapat juga andaian bahawa angka ini akan meningkat sekiranya tiada usaha yang dilakukan untuk menyekat penyebaran virus ini.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...