Baru-baru ini, sekumpulan saintis dari Universiti Harvard telah mencipta sejenis pelitup muka yang boleh mengesan kehadiran virus Covid-19 dalam udara ketika individu memakainya.
Menariknya, pelitup muka itu menggunakan sejenis fabrik yang mempunyai sensor yang mampu mengubah warnanya sekiranya udara mengandungi virus tersebut.
Saintis-saintis itu mendakwa, pelitup muka itu dapat mengesan Covid-19 menyamai ketepatan ujian makmal, malah mengambil masa kurang 90 minit untuk menghasilkan keputusan.
Kami telah memuatkan kesemua peralatan makmal ke dalam sensor kecil yang boleh diletakkan dalam pelitup muka.
“Ia menggabungkan ketepatan ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) dengan ujian antigen yang berkos rendah dan pantas”
Untuk pengetahuan korang, pelitup muka tersebut diperbuat menggunakan enzim yang bertindak balas terhadap bahan kimia dalam virus Covid-19.
Fungsinya boleh dihidupkan dengan cara menekan satu butang khas yang akan kekal normal sehingga virus dikesan memasuki ke dalam pelitup muka.
Ia akan bertindak balas dengan enzim sekali gus menyebabkan warna pelitup muka berubah.
“Warna tersebut akan berubah pada bahagian dalam pelitup muka bagi tujuan privasi”
Wow, menarik ni. Kalau dah ada di pasaran mesti jualannya tak menang tangan kan?