Saintis China Yakin Vaksin Keluarannya 99 Peratus Berkesan Merawat COVID-19

COVID-19

Saintis China Yakin Vaksin Keluarannya 99 Peratus Berkesan Merawat COVID-19

Para saintis di China mengumumkan, mereka kini yakin vaksin yang sedang dibangunkan adalah 99 peratus berkesan bagi merawat virus COVID-19. Vaksin tersebut dibangunkan oleh firma bioteknologi Sinovac yang berpusat di Beijing.

Firma itu mendakwa ketika ini mereka berada dalam fasa kedua percubaan kepada 1,000 peserta dalam ujian klinikal.

Advertisement

“Ini adalah vaksin COVID-19 yang sedang kami bangunkan. Ini merupakan jarum suntikan yang sudah diisi sebelumnya dan apabila individu menggunakannya, ia lebih mudah dan termaju,” menurut mereka dalam satu temu bual bersama Sky News.

Firma itu juga mengesahkan sedang dalam perbincangan untuk melaksanakan percubaan fasa ketiga yang terakhir di United Kingdom (UK).

Sinovac kini turut membangunkan kilang komersial di kawasan lain di Beijing bertujuan menghasilkan 100 juta dos vaksin, apabila telah mendapat persetujuan akhir untuk proses pengedaran secara besar-besaran.

Bagaimanapun buat masa ini firma tersebut tidak menggalakan penjualan kepada orang ramai terlebih dahulu. Sebaliknya mereka ingin memberi tumpuan kepada pekerja kesihatan dan warga tua yang bakal menjadi penerima vaksin pertama.

“Cadangan kami, vaksin itu tidak diberi kepada semua penduduk. Kami menyasarkan kumpulan berisiko tinggi, misalnya pekerja kesihatan atau warga emas.” 

Walaupun demikian, vaksin tersebut dijangka tidak akan siap dalam masa terdekat ini dengan percubaan fasa dua akan berlangsung dalam beberapa bulan lagi sebelum memasuki fasa ketiga dan memerlukan persetujuan peraturan.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...