Saintis China Temui COVID-19 Jenis Baru, Boleh Bertahan Selama 49 Hari

Trending

Saintis China Temui COVID-19 Jenis Baru, Boleh Bertahan Selama 49 Hari

Selepas wabak COVID-19 semakin menular di seluruh pelosok dunia, ramai saintis yang telah berusaha keras supaya dapat menjumpai vaksin bagi menawarkan jangkitan ini tanpa membahayakan nyawa pesakit.

Pertama kali virus ini muncul, kesemua orang berada dalam keadaan panik kerana tidak pasti punca utama yang menjadi picu kepada penyebarannya. Selepas melakukan berpuluh kajian, COVID-19 didapati mampu bertahan selama 20 hari secara purata. Di mana rekod yang paling lama dicatatkan ialah selama 37 hari.

Advertisement

jenis baru covid-19 ditemui

Bagaimanapun mengejutkan apabila penyelidik China mengatakan bahawa jenis COVID-19 yang baru telah dijumpai selepas salah seorang pesakit yang telah dijangkiti virus tersebut selama 49 hari dan perkara tersebut tidak pernah berlaku lagi sebelum ini. Selain itu, dilaporkan bahawa virus itu disimpan di dalam pernafasannya menerusi titisan ‘droplet’.

Pada awalnya, lelaki tersebut telah ke hospital di Wuhan bagi mendapatkan rawatan kerana mengalami demam berkala selama seminggu tetapi dia tidak menunjukkan simptom COVID-19 yang lain seperti batuk.

Lelaki itu juga dikhabarkan mempunyai luka berjangkit pada bahagian paru-parunya semasa pemeriksaan awal tetapi ianya mula sembuh selepas mendapatkan rawatan. Pesakit tersebut turut mempunyai jumlah COVID-19 tular yang banyak namun penanda sel imunnya adalah stabil.

jenis baru covid-19 ditemui

Gambar hiasan

Seorang penyelidik daripada Army Medical University di Chongqing menjelaskan bahawa perihal ini mungkin terjadi kerana virus itu dan ‘perumah’nya telah membina hubungan simbiotik. Oleh sebab simptom yang ditunjukkan adalah sederhana, saintis menjelaskan bahawa badan lelaki tersebut telah mempunyai ‘keseimbangan dinamik’ dengan virus tersebut.

Bagi menyembuhkan pesakit COVID-19 tersebut, dia telah disuntik dengan darah daripada pesakit yang telah sembuh daripada virus tersebut dan menjelaskan bahawa penemuan virus jenis baru ini adalah lebih sukar untuk dilawan. Cara perawatan ini digunakan dengan alasan bahawa badan pesakit yang sudah selamat telah membina antibodi yang kukuh bagi melawan COVID-19.

COVID-19 pun masih belum reda tetapi saintis dah jumpai virus baru? Aduh!

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...