Saintis China Dedahkan Vaksin Coronavirus Akan Siap Sepenuhnya Bulan April Ini

COVID-19

Saintis China Dedahkan Vaksin Coronavirus Akan Siap Sepenuhnya Bulan April Ini

Pihak berkuasa China memberitahu vaksin untuk coronavirus akan tersedia pada bulan hadapan untuk situasi kecemasan dan percubaan klinikal. Pada masa ini, lapan institusi di China sedang mengusahakan lima pendekatan untuk inokulasi dalam memerangi virus tersebut.

Pengarah di bahagian Science and Technology Development Centre of the National Health Commission (NHC) memaklumkan mengikut jangkaan mereka vaksin ini akan memasuki penelitian klinikal atau digunakan dalam situasi darurat pada April ini.

Advertisement

vaksin

Tetapi ianya akan memakan masa selama 12 hingga 18 bulan untuk memastikan vaksin tersebut selamat digunakan untuk masyarakat umum. NHC akan melakukan percubaan klinikal pada 25 individu sukarelawan terlebih dahulu. Melalui ujian ini, mereka akan memastikan sama ada vaksin ini boleh digunakan untuk mengubati SARS-CoV-2.

Keputusan awal daripada ujian klinikal pada 25 individu ini hanya akan diterima pada bulan Julai atau Ogos ini. Mereka turut memberitahu, walaupun ujian pertama ini mendapat keputusan yang positif, vaksin baru ini masih lagi belum boleh digunakan secara meluas sehingga 2021 ini memandangkan kajian yang lebih terperinci diperlukan.

Sebelum ini, para saintis berlumba-lumba mencari sukarelawan yang sanggup dijangkiti coronavirus bagi menjalankan siasatan untuk penghasilan vaksin. Para sukarelawan akan dijangkiti dengan dua virus coronavirus yang biasa dengan upah sebanyak RM19,000.

Artikel berkaitan: Saintis Cari Sukarelawan Yang Sanggup Dijangkiti COVID-19 Dengan Upah RM19,000

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...