Saintis Australia Berjaya Tiru Coronavirus, Peluang Cerah Untuk Bantu Hasilkan Vaksin

Trending

Saintis Australia Berjaya Tiru Coronavirus, Peluang Cerah Untuk Bantu Hasilkan Vaksin

Satu pencapaian yang membanggakan apabila Institut Doherty di Melbourne mengumumkan saintis mereka telah berjaya meniru semula wabak Wuhan, coronavirus. Ini juga adalah kali pertama virus tersebut berjaya ditiru di luar China oleh saintis dalam membuat kajian tentang virus ini.

Untuk pengetahuan anda, coronavirus adalah sejenis virus yang baru ditemui berdasarkan kenyataan dari World Health Organization (WHO). Penularan virus dalam kumpulan yang sama dengan SARS ini adalah kali pertama dalam sejarah. Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan oleh saintis seluruh dunia dalam mengkaji wabak ini untuk menghasilkan vaksin.

Advertisement

Baca: Wabak Misteri Bermula Dari Pasar Jualan Haiwan Eksotik Menyebabkan Wuhan Kini ‘Ditutup’ Buat Sementara

Peniruan semula coronavirus oleh saintis Australia ini akan membantu mereka mengkaji vaksin dalam mencegah wabak yang mula tercetus pada Disember tahun lalu. Selepas ini, segala diagnosis yang dilakukan juga lebih tepat selepas mereka berjaya mengambil sample virus itu dari pesakit yang mendapat jangkitan ini.

“Dengan memiliki virus sebenar ini, kita mempunyai keupayaan untuk benar-benar mengesahkan semua kaedah ujian dan membandingkan sensitiviti serta spesifikasinya.”

Kejayaan ini berjaya dilakukan selepas China menyusun genom koronavirus dan menjadikannya umum untuk membolehkan para saintis di seluruh dunia menjalankan uji kaji mereka. Selain itu, Timbalan Pengarah Institut Doherty, Mike Catton memberitahu penemuan ini juga akan membantu mereka untuk membuat ujian antibodi pada pesakit.

Dengan penemuan virus ini, saintis kini boleh membuat ujian antibodi yang akan membolehkan koronavirus dikesan pada pesakit yang tidak menunjukkan gejala. Ujian antibodi juga membolehkan saintis menguji pesakit yang disyaki dengan gambaran yang lebih tepat.

Selain itu, ianya akan membantu untuk menguji keberkesanan vaksin percubaan dalam merawat pesakit yang dijangkiti. Penemuan ini juga boleh digunakan untuk diagnosis awal dalam mengesan virus itu pada individu yang tidak mempunyai simptom dijangkiti.

Setakat ini, sebanyak 170 kematian dicatatkan dengan lebih 7,000 kes jangkitan berlaku di China. Manakala, 91 kes berlaku di luar China. Penduduk di China seramai 60 juta penduduk itu juga dilaporkan berada dalam perintah berkurung sementara dalam negara untuk mengelakkan penularan wabak.

Artikel berkaitan: Tiga Wabak Penyakit Paling Bahaya Dalam Sejarah Dunia Ini Berpunca Dari Haiwan

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...