Sainstis Temui Kaedah Baru Agar Nyamuk Tak Gigit Manusia

Trending

Sainstis Temui Kaedah Baru Agar Nyamuk Tak Gigit Manusia

Di dunia ini terdapat lebih daripada 3,000 spesies nyamuk. Namun, terdapat beberapa jenis nyamuk yang menggigit manusia. Kebanyakan nyamuk memiliki sifat oportunis dalam perilaku makannya.

Advertisement

Namun, dua spesies nyamuk iaitu Aedes aegypti dan Anopheles gambiae bergantung pada darah manusia dan terkenal sebagai nyamuk yang menularkan penyakit kepada manusia.

Terdapat penemuan baru oleh penyelidik dari Amerika Syarikat (AS) melakukan inisiatif mengubah suai genetik nyamuk untuk menjadikan manusia kurang menarik kepada mereka.

Dipetik dari ALJAZEERA, kumpulan penyelidik dari Universiti Antrabangsa Florida di Miami menemui penyelesaiaan bagi mengurangkan penyebaran penyakit nyamuk secara dramatik, seperti demam denggi, malaria dan Zika.

Nyamuk betina telah lama dikenali menggunakan pelbagai deria untuk mencari orang untuk digigit selain berpandukan karbon dioksida yang dikeluarkan pada jarak 10 meter dengan  mengesan bau badan, haba dan kelembapan.

Penyelidik neurobiologi nyamuk di Florida International University, Matthew DeGennaro berkata, komponen asid di dalam peluh manusia memainkan peranan penting bagi menarik nyamuk menggigit.

“Kami mahu memahami asas genetik bagaimana nyamuk mengesan manusia.”

Para saintis mengenal pasti gen yang dikenali sebagai Ir8a  dinyatakan dalam antena nyamuk membolehkan nyamuk betina menyedut darah, mencium bau asid laktik, wap berasid tertentu dalam peluh manusia.

Dengan menggunakan teknologi pengeditan gen CRISPR / Cas9 yang maju, penyelidik dapat mengubahsuai gen tersebut agar  nyamuk Aedes aegypti  betina kurang berminat kepada manusia.

Nyamuk yang diubahsuai secara genetik kurang cenderung untuk mengesan dan menggigit manusia, menjadikannya lebih kecil kemungkinannya untuk menyebarkan penyakit yang disebabkan oleh nyamuk.

“Penularan penyakit seperti denggi, demam kuning, zika, dan malaria boleh disekat jika kita menghentikan nyamuk ini daripada menggigit kita,” kata DeGennaro.

Para penyelidik juga sedang mengkaji dan memahami apakah kaedah yang paling sesuai agar nyamuk tidak mendekati dan menggigit manusia.

Minyak wangi atau aroma akan membuatkan nyamuk terjejas dan melindungi manusia daripada digigit.

“Bau yang menutupi laluan IR8a didapati boleh meningkatkan keberkesanan penghalau nyamuk semasa DEET atau picaridin.

“Dengan cara ini, penyelidikan tersebut dapat membantu manusia supaya tidak menjadi tumpuan hos yang berpotensi untuk nyamuk,” katanya lagi.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...