Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saingan Kilauan Emas 2 Semakin Sengit

Abang Nara memang suka tengok Kilauan Emas sejak daripada musim pertama lagi. Secara jujur, Abang Nara memang banyak tergelak sakan melihat telatah warga-warga emas yang pergi audition. Namun Abang Nara faham isi hati mereka. Iyerlah, masa muda-muda dulu, diorang sekadar menyanyi di karaoke atau di majlis perkahwinan sahaja.

kilauan emas 2

Advertisement

Jadi bila ada peluang untuk beraksi di pentas Kilauan Emas, pastinya warga-warga emas ini tidak akan melepaskan peluang untuk menunjukkan bakat mereka. Abang Nara setakat ini tak pernah miss lagi episod Kilauan Emas 2 yang ditayangkan setiap hari Rabu bermula jam 8.30 malam di Astro Prima(105) dan Astro Mustika HD (134)

kilauan emas 2

Minggu lepas menyaksikan 2 orang peserta wanita telah terpilih untuk menjadi wakil zon utara. Menariknya di zon utara ialah kemunculan kembali beberapa peserta yang dah turut bertanding ketika Kilauan Emas musim pertama. Kalau tak silap Abang Nara, makcik yang pernah menjadi backup singer untuk Anita Sarawak turut sama beraksi untuk kali kedua. Siap melompat-lompat lagi menyanyikan lagu Kekasih Awal dan Akhir.

kilauan emas 2

Seriously, kalau anda mahukan hiburan dan sesuatu yang lain daripada yang lain, pastikan anda menonton Kilauan Emas 2 setiap hari Rabu bermula jam 8.30 malam di Astro Prima(105) dan Astro Mustika HD (134). Maklumat lanjut tentang Kilauan Emas 2 sila layari www.astro.com.my/kilauanemas.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

50 Comments

  1. Orang biasa2 je...

    June 20, 2012 at 10:30 pm

    i kenal “makcik” ni. I find her very wired when she first came to my house. And bila kali ke-2 dia datang terus I tak suka. I might be wrong, tapi 99% of me says dia ada belajar ilmu hitam. Masa tu dia baru belajar kot and nak try mengamalkannya. 2-3 malam selepas tu mmg kita org ada gangguan tengah malam, especially my daughter bangun bercakap dgn seseorang. I mmg tak suka tgk org yang memakai tangkal pada lengan. I rasa orang Penang ramai kenal and know who she is.

  2. mak c kina

    June 20, 2012 at 11:39 am

    bkn la program keagamaan hanya utk org tua tp aku rse e2 lbh sesuai kot dari tekinja2 kt atas 2…dgn baju ketat,rambut karat,mekap ala2 RCW…klu lelaki aku xde la geli sgt tp hok mokcik2 ni…adui…kesian..

  3. hans

    June 20, 2012 at 10:28 am

    bukan kah makcik yang pakai baju merah yg ada selempang tu pernah masuk bertanding pada tahun lepas tp xmenang…..tahun nie masuk gak….kesian org lain yang berbakat xdapat masuk…..pe…..lah astro and juri nie…..x ade kemajuan…..BAD

  4. hazel

    June 20, 2012 at 9:33 am

    bengang aku ngan juri ni…makcik yg terpilih utk keperingkat seterusnye yg x pkai tudung bju merah tu…masyaAllah…suara mcm nk menangis..teketar2..sakit telinga aku dengar…mmg x best langsung laa…yg x terpilih lg best…ntah pape ntah!!!

    • zunita mohd mokhtar

      June 22, 2012 at 12:01 pm

      juri mmg teruk giler ahhhh…cmner diorg jd juri???qismona nyanyi cm hampeh!!!!!!!!!!!!!

  5. kurang molek

    June 20, 2012 at 8:44 am

    Praktis baca quran dan baiki tajwid lagi molek kottt….daripada melalak kat tv dgn mekap tebal mcm tu…tak brapa molek dehh….if kita ‘pergi’ mengadap ilahi sekali pun…..biarlah dalam keadaaan Allah redha…bukan murka…betul tak ? kalau teringin nak menyanyi gak…..kat rumah dlm bilik air pun ok gak…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top