Abang Nara memang suka tengok Kilauan Emas sejak daripada musim pertama lagi. Secara jujur, Abang Nara memang banyak tergelak sakan melihat telatah warga-warga emas yang pergi audition. Namun Abang Nara faham isi hati mereka. Iyerlah, masa muda-muda dulu, diorang sekadar menyanyi di karaoke atau di majlis perkahwinan sahaja.
Jadi bila ada peluang untuk beraksi di pentas Kilauan Emas, pastinya warga-warga emas ini tidak akan melepaskan peluang untuk menunjukkan bakat mereka. Abang Nara setakat ini tak pernah miss lagi episod Kilauan Emas 2 yang ditayangkan setiap hari Rabu bermula jam 8.30 malam di Astro Prima(105) dan Astro Mustika HD (134)
Minggu lepas menyaksikan 2 orang peserta wanita telah terpilih untuk menjadi wakil zon utara. Menariknya di zon utara ialah kemunculan kembali beberapa peserta yang dah turut bertanding ketika Kilauan Emas musim pertama. Kalau tak silap Abang Nara, makcik yang pernah menjadi backup singer untuk Anita Sarawak turut sama beraksi untuk kali kedua. Siap melompat-lompat lagi menyanyikan lagu Kekasih Awal dan Akhir.
Seriously, kalau anda mahukan hiburan dan sesuatu yang lain daripada yang lain, pastikan anda menonton Kilauan Emas 2 setiap hari Rabu bermula jam 8.30 malam di Astro Prima(105) dan Astro Mustika HD (134). Maklumat lanjut tentang Kilauan Emas 2 sila layari www.astro.com.my/kilauanemas.
ggggg
June 28, 2012 at 7:47 am
fitnah dajjal………
sham
June 25, 2012 at 11:28 pm
apa yg aku boleh kata.. kesian… kesian dan kesian… semoga dicampakkan Allah hidayah dan taufik unt si tua ganyut ni kembali kepangkal jalan.. eh malu tengok terkial2 nyanyi.. suara pun dah tak kuar.. cukup2 la…
win
June 21, 2012 at 10:20 am
Alhamdullilah orang-orang terdekat (warga emas) aku tak terlibat dengan gejala kilauan emas polident nih. kalau ada, aku sekolahkan dah. tapi aku tgk anak-anak peserta pun sokong mak bapak dorg masuk. jadi camne tuh?
bagi aku, sebagai orang Islam, tidak berapa sesuai warga emas ni masuk pertandingan2 sebegini. dah le tak sesuai, boleh mengaibkan diri pulak tu. kalau sekadar hobi, lagi manis rasanye persembahkan di rumah sahaja. ini pendapat aku lah.
Anonymous
June 20, 2012 at 10:34 pm
Husband dia orang UMNO, cikgu pulak tu……but he looks so much younger. macam mak & anak.