Bukan semua tapi masih ada segelintir rakyat memandang ‘serong’ pekerjaan sebagai pemandu lori kerana bagi mereka kononnya jika seseorang mempunyai pekerjaan ini, maka tiada masa depan dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada jenis lori apakah yang dipandu kerana jika individu yang memandu lori ini membawa treler besar, gaji yang mereka akan terima boleh dikatakan lumayan.
Melalui pendedahan seorang pemandu lori di TikTok ini, ramai yang tidak menyangka gaji mereka boleh mencecah sebanyak itu.
Tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk, jejaka ini berkongsi slip gajinya kerana ingin menjawab pertanyaan netizen mengenai pendapatannya sebagai seorang pemandu treler.
Difahamkan melalui video itu, gaji basic mereka sebenarnya bernilai RM1,100 sahaja, tetapi bayaran bagi kerja lebih masa (OT) pada hari minggu berserta trip commision yang membuatkan gaji mereka menjadi ‘masyuk’ sehingga boleh raih lebih RM7000.
Secara keseluruhannya, gaji kasar yang diperolehi sebanyak RM8831.96, namun bila sudah tolak EPF serta benda lain, paling-paling gaji yang diterima lebih kurang RM6000. Pendedahan tersebut sudah cukup membuatkan para netizen tergamam sehinggakan video itu meraih sebanyak 2.8 juta penonton.
Dalam pada ada yang terkejut melihat gaji jejaka tersebut sebanyak itu, ada juga yang menyifatkan risiko membawa lori besar adalah sangat tinggi oleh kerana itu berbaloi dengan bayaran yang diterima.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.