Saiful Nang Mohon Maaf Secara Terbuka Kerana Pertikai Laungan Azan Ketika Kebakaran

Trending

Saiful Nang Mohon Maaf Secara Terbuka Kerana Pertikai Laungan Azan Ketika Kebakaran

Pada beberapa hari yang lepas, Saiful Nang telah mempertikai tindakan seorang tukang kebun yang melaungkan azan semasa tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Advertisement

Namun, ekoran kelantangan beliau menyuarakan pandangan sehingga menerima kecaman netizen, beliau berpendapat pembesar suara masjid pada waktu itu seharusnya digunakan untuk meminta bantuan bagi menyelamatkan para pelajar yang masih terkandas di tingkat dua bangunan tersebut.

Sejurus selepas itu, beliau telah membuat permohonan maaf terbuka pada Sabtu lalu kepada semua netizen di laman facebooknya.

Menurut saiful, pertikaiannya itu mungkin kerana emosi dirinya yang berasa kesal dan sedih dengan kematian begitu ramai pelajar tahfiz di Pusat Tahfiz tersebut.

“Kenyataan itu menyebabkan ramai netizen yang tersinggung dan mengecam saya. Saya terima kritikan itu kerana itu memang pandangan peribadi saya sendiri.”

“Mungkin saya terlalu terbawa-bawa dengan perasaan kesal dan sedih dengan kematian begitu ramai anak-anak tahfiz yang saya rasa sama seperti anak-anak yang sedang saya jaga.” katanya dalam satu kenyataan di halaman Facebooknya.

Kenyataan Saiful Nang mendapat kecaman dari rata-rata netizen yang menganggap Saiful tidak peka dan sensitif terhadap insiden tersebut selain dikatakan mempersendakan azan.

Bagaimanapun, kenyataan berikutan pertiakaian laungan azan tersebut telah dipadamkan dan disunting semula.

Dalam kenyataan maafnya, beliau menegaskan bahawa akan lebih berhati-hati pada kemudian hari dalam mengeluarkan pendapat agar tidak menyinggung para netizen selain dia juga berterima kasih kepada semua yang telah menegurnya.

Sumber : mStar Online  ,  Saiful Nang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...