October 5th, 2016

Saiful Apek antara pelawak senior yang cukup popular sekitar awal tahun 2000, namun kini Apek jarng muncul di kaca tv dan lebih gemar melakukan kerja di belakang tabir.

Walaubagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, Apek sering dijemput untuk mengadakan ceramah dalam forum agama di masjid dan surau di sekitar Kuala Lumpur. Buat Apek, ia adalah salah satu cara ataupun peluang untuk beliau mendekatkan diri dengan Allah SWT dan mendalami ilmu agama.

Sejak dua bulan kebelakangan ini saya sering diundang untuk menjadi ahli panel forum agama di masjid-masjid dan surau di sekitar Kuala Lumpur. Mereka minta saya berkongsi tentang kehidupan saya sebagai anak seni, tanggungjawab sebagai bapa dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah mungkin juga ada sebab saya dapat peluang itu, sedikit sebanyak saya belajar banyak tentang ilmu agama.

Jelas Apek, beliau sebenarnya sudah lama mempunyai niat untuk berubah dan berhijrah ke arah lebih baik tetapi beliau tidak mahu terburu-buru.

Saya memang ingin mendalami tentang agama Islam, tapi kalau boleh saya tidak mahu melakukannya terlalu drastik.

Saya buat perlahan-lahan dan Insya-Allah, sekurang-kurangnya jika saya beri ceramah  di masjid dapat juga menarik orang lain untuk datang dan berminat turut sama mendalami agama Islam.

Alhamdulillah, perubahan itu tidak perlu dilakukan secara drastik. Apa yang penting ialah keikhlasan hati untuk berubah.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...