Saiful Apek Ingin Berehat Sebentar Dari Dunia Hiburan

Hiburan

Saiful Apek Ingin Berehat Sebentar Dari Dunia Hiburan

saiful apek berhenti

Terkejut jugak membaca berita tentang Saiful Apek yang nak berhenti (berehat) daripada dunia hiburan. Mungkin semuanya berkaitan dengan kes Saiful Apek ditahan kerana didakwa memiliki ganja baru-baru ini. Logiknya sudah tentu Apek tak tahan dengan cacian, kutukan dan maki hamun rakyat Malaysia tentang kesilapan dia.

Advertisement

Sebenarnya hari Sabtu yang lepas kami mendapat panggilan telefon daripada seseorang yang cukup rapat dengan Saiful Apek. Kata-katanya membuatkan kami membuka mata.

Dulu Apek la yang buat kita ketawa. Buat anak kita gelak guling-guling. Tengok TV kita tengok Apek terus hilang stress. Tapi bila sekali dia buat salah, terus kita lupa semua tue dan kutuk dia kaw-kaw. Sepatut time nie la kita bagi dia sokongan moral supaya tabah hadapi segala nie“.

Kami mengaku yang kami jugak ada menyindir secara sinis kesilapan Apek yang terlibat dengan ganja. Tapi selepas berborak panjang dengan kawan baik Apek, kami mengambil keputusan untuk cuba membantu Apek dari segi sokongan moral dan tulisan di blog ini.

Setiap manusia pun buat salah cuma disebabkan Apek seorang selebriti kesalahan dia tue semua orang tahu. Apek pun dah mengaku kesalahan dia dan sekarang sudah insaf.

Saya insaf! Saya percaya untuk menjadi manusia yang baik, saya perlu terlebih dulu melalui insiden buruk. Soal imej buruk atau sebaliknya, itu terpulang kepada masyarakat. Dengan rendah hati, saya mengakui tidak layak untuk diangkat sebagai ikon atau contoh kerana ikon sejati ialah Rasulullah SAW

Kepada Apek, kami dari BeautifulNara.com akan cuba memberikan sokongan moral yang termampu kepada anda semua. Semoga anda benar-benar insaf dan akan muncul kembali dengan satu semangat yang baru. Gunakanlah masa berehat ini untuk bersama keluarga dan berfikir sedalam-dalamnya.

Percayalah masih ramai yang sayangkan anda dah mahu melihat anda kembali berlawak untuk orang ramai.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...