Pening kejap kepala Abang Nara dengan krisis penceraian Saida, kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza ini. Dengarnya dulu dah berbaik-baik semula. Tup-tup semalam keluar di Kosmo yang Saida meminta fasakh di mahkamah. Kiranya Saida tetap mahu meneruskan penceraian. Kemungkinan besar hati Saida dah tawar yang teramat sangat terhadap suaminya.
Walaupun suami Saida, Mohd Ghazali cuba untuk berdamai dan tidak mahu penceraian berlaku, nampaknya Saida sudah nekad untuk berpisah. Mungkin inilah langkah yang terbaik. Kata orang kalau dah tak sayang kat seseorang buat apa nak tinggal bersama lagi kan? Adalah sebab-sebab yang kita tidak ketahui sehingga Saida begitu beria memohon penceraian.
Saida dan Mohd Ghazali bernikah pada 14 Disember 1996 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa ,14, Anas, 11, Khalid, 7 dan Siti Nurul Mashitah, 5. Mohd Ghazali sudah 3 kali tidak hadir untuk prosiding mahkamah dan perbicaraan kes seterusnya akan berlangsung pada 18 Mac ini. Harap-harap semuanya berjalan lancar.
Apa pendapat anda? Kenapa agaknya suami isteri yang dah berkahwin 20,30 tahun dan sudah ada anak 4, 5 orang pun boleh bercerai berai? Adakah sudah luntur kasih sayang? Atau sudah bosan dengan rutin yang sama setiap hari? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen ye.
P.S: Bida Tomok untuk menyanyikan lagu luahan perasaan anda kepada si dia yang tercinta bersama Cornetto.