Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saida Taruddin Akui Sedang Kenal Hati Budi Seorang Duda

Bercerai pada Oktober 2011, kini hati Saida Taruddin sudah kembali berbunga. Mengakui sedang mengenali hati budi seorang duda berusia 34 tahun, Saida masih malu-malu kucing dan enggan mengklasifikasikan hubungan mereka sebagai cinta. Perkenalan dengan duda bernama Apit itu sudah pun mencecah 2 tahun.

saida kenal dudua

Advertisement

Kata Saida kepada portal GUA:-

Alhamdulillah, saya sedang mengenali dirinya. Kini kami sedang menyelami hati budi masing-masing. Apa yang saya boleh katakan sekarang, saya hanya mahu ‘go with the flow’ dan mahu hubungan ini berjalan mengikut aturan langkah demi langkah.

Kami saling memahami dan itu membuatkan kami senang untuk berkawan. Dia seorang yang berfikiran matang. Saya mempunyai anak, dia juga mempunyai anak. Jadi, apabila dia berfikiran sebegitu, perhubungan kami berjalan lancar dan boleh pergi jauh. Umur bukan penghalang, apa yang penting dia berfikiran matang.

saida kenal duda

Untuk makluman, Saida kini berusia 38 tahun sementara duda tersebut 34 tahun. Oklah jarak usia 4 tahun. Yang penting hati sudah suka. Harap-harap tahun ini Saida akan kembali bergelar isteri orang. Sama-samalah kita doakan. Tahniah Saida!!!

P.S: Kereta CKD dijangka murah 30 peratus selepas Dasar Automotif Negara

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top