Salah satu dakwaan yang dikemukakan oleh bekas suami Saida ialah isterinya itu angau dengan lelaki lain ketika dalam perkahwinan mereka. Namun selepas penceraian berlaku, Saida sehingga hari ini masih tidak berkahwin dengan mana-mana lelaki yang kononnya menjadi punca penceraian mereka.
Semalam, blog RotiKaya menulis mengenai gosip yang kononnya Saida bakal berkahwin dengan seorang penerbit drama berstatus duda tidak lama lagi. Namun hari ini, menerusi Media Hiburan, Saida menafikan kebenaran gosip tersebut. Kata Saida:-
Kepada penulis atau pemberitahu (sumber) itu, sila jaga diri sendiri. Buat apa hebohkan cerita orang lain yang tidak benar sama sekali. Jangan sesuka hati melaporkan cerita tanpa usul periksa dan bertanya terlebih dahulu. iada guna saya membaca cerita yang dikeluarkan, nanti buat sakit hati. Jadi saya abaikan sahaja. Saya percaya tuhan sudah mengatur jodoh seseorang. Jika benar saya sudah mempunyai pasangan dan ke arah untuk berkahwin saya sedia untuk berkongsi.
Diharap dengan penerangan daripada Saida ini, semua pihak boleh menganggap gosip itu hanya satu gurauan daripada peminat kepada dirinya. Kemungkinan besar cerita ini timbul kerana Saida sudah hampir setahun bergelar janda. Agaknya peminat tidak sabar untuk melihat Saida naik ke atas pelamin sekali lagi. Tak gitu?

Jeng jeng jeng
October 19, 2012 at 3:13 pm
Relevantkah dia ni kena gosip!!!…
mawarberduri
October 19, 2012 at 2:58 pm
Bahasa paling tepat sesuai dgn pompuan tak sedar diri nih aku rasa….YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDUNG BERCICIRAN… dah Allah kurniakan cukup sempurna keluar bahagia berharta pulak tuh…suami yang warak n penyayang serta anak2 yang comel2 tapi lupa diri…hish..hish…moga kita semua tak ikut le jejak si pompuan tak tau di untung nih yer…Amin.
Anonymous
October 19, 2012 at 9:45 pm
orng yg tk reti bersyukur mcm 2la…..
biskutmerry
October 19, 2012 at 9:59 am
sian kt anak2 dia.. mak terkena kezutan budaya tak psl2 anak2 yg jd mangsa… musti menyesal laki dia bagi greenlight masuk AF dulu kan.. tp apapun nasi dah jadi bubur…
Anonymous
October 18, 2012 at 10:44 pm
agaknya peminat tak sabar untuk melihat Saida bersanding lagi sekali…..
ADA PEMINAT KERRRRRRR??????
NEXT, PLEASEEEEEEEEEEEEEEE!!!!
Awekbulu
October 18, 2012 at 11:23 pm
statment saida mcm monyet sentap..Choiii..
mak kiut
October 18, 2012 at 6:38 pm
x minat ah ppuan ni ntah pape