Salah satu dakwaan yang dikemukakan oleh bekas suami Saida ialah isterinya itu angau dengan lelaki lain ketika dalam perkahwinan mereka. Namun selepas penceraian berlaku, Saida sehingga hari ini masih tidak berkahwin dengan mana-mana lelaki yang kononnya menjadi punca penceraian mereka.
Semalam, blog RotiKaya menulis mengenai gosip yang kononnya Saida bakal berkahwin dengan seorang penerbit drama berstatus duda tidak lama lagi. Namun hari ini, menerusi Media Hiburan, Saida menafikan kebenaran gosip tersebut. Kata Saida:-
Kepada penulis atau pemberitahu (sumber) itu, sila jaga diri sendiri. Buat apa hebohkan cerita orang lain yang tidak benar sama sekali. Jangan sesuka hati melaporkan cerita tanpa usul periksa dan bertanya terlebih dahulu. iada guna saya membaca cerita yang dikeluarkan, nanti buat sakit hati. Jadi saya abaikan sahaja. Saya percaya tuhan sudah mengatur jodoh seseorang. Jika benar saya sudah mempunyai pasangan dan ke arah untuk berkahwin saya sedia untuk berkongsi.
Diharap dengan penerangan daripada Saida ini, semua pihak boleh menganggap gosip itu hanya satu gurauan daripada peminat kepada dirinya. Kemungkinan besar cerita ini timbul kerana Saida sudah hampir setahun bergelar janda. Agaknya peminat tidak sabar untuk melihat Saida naik ke atas pelamin sekali lagi. Tak gitu?