Saida Mahu Bercerai Kerana Suami Tidak Hormati Arwah Ayahnya

Hiburan

Saida Mahu Bercerai Kerana Suami Tidak Hormati Arwah Ayahnya

saida bercerai

Akhirnya hari ini terbongkar punca sebenar permohonan cerai Saida kepada suaminya, Ghazali. Mengikut Mstar, Saida memohon cerai kerana sikap dirinya sifat suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri yang dikatakan tidak menghormati arwah bapa mertuanya yang meninggal dunia dua tahun lalu. Maklumat details tentang hal ini tak dapat pulak diketahui.

Advertisement

Oh ye, dan untuk anda semua yang menuduh Saida ingin berkahwin dengan Datuk atau mencari orang lebih kaya daripada suaminya sekarang, sila dengar penjelasan dari Saida berkenaan tuduhan tersebut.

[note]Apa yang penting saya sekarang tidak mempunyai sebarang hubungan dengan lelaki lain selain suami daripada saya. Apatah lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana lelaki bergelar Datuk. Lagipun terus-terang saya memang akan mengelak jika ianya berlaku kepada saya. [/note]

Dan buat sesiapa yang anggap Saida sengaja cari publisiti murahan, ini jawapan dari Saida untuk anda semua.

[note]Siapa yang mahukan publisiti murahan dan cerita-cerita negatif sebegini. Saya ada sebab ke mahkamah dan saya tak mencari apa-apa publisiti pun tetapi media yang datang kepada saya. Sebagai artis saya tak mampu mengelak dan hanya menjawab setakat yang saya mampu sahaja[/note]

Dan paling buat Abang Nara terharu ialah kata-kata luahan jiwa dari Saida ini:-

[note]Saya pun tak tahu lah apa sebabnya orang nak cakap saya begitu. Namun, biasalah manusia bila saya atau pihak perempuan yang memfailkan permohonan cerai pasti semua keburukan akan ditujukan kepada saya. Tetapi saya percaya, kalau suami saya yang membuat perkara yang sama, mesti dia juga dituduh benda yang sama. Apa yang boleh saya cakap, hanya saya dan suami sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku di antara kami. Jadi biarlah kami sendiri yang selesaikan masalah rumah tangga kami ini secara baik dan damai [/note]

Kepada Saida, be a strong woman. Tempuhilah cabaran ini dengan tabah. Sebelum buat apa-apa keputusan, fikirkanlah baik buruknya kepada anak-anak anda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...