Penyanyi dan juga personaliti TV, Shiha Zikir nampaknya mengembangkan lagi bakatnya apabila dia menyahut cabaran sebagai penyampai radio di stesen Era FM bersama Radin dan Danial dalam segmen geng Petang ERA, semalam.
Ujar Shiha, dia mengakui berasa amat gementar dan mengambil langkah untuk lebih bertenang dalam meningkatkan keyakinan diri.
View this post on Instagram
Katanya lagi, dia turut mengalami masalah sukar tidur pada sehari sebelum dia ke udara namun bersyukur Radin dan Danial banyak membantu dan mengajarnya tentang selok belok berada dalam konti radio.
Saya memang nervous sangat sejak sehari sebelumnnya, sampai tak boleh nak tidur. Biasanya kalau nak cuba perkara baru, saya memang menggelabah, tapi saya cuba atasi rasa takut itu. Saya tingkatkan konfiden dengan jadi diri sendiri, barulah rasa okay sedikit. Hari pertama semalam agak kekok, tapi Alhamdullilah Danial dan Radin banyak membantu.
Namun begitu, Shiha memaklumkan bahawa dia masih belum bergelar penyampai radio tetap di stesen Era FM dan penyertaannya itu hanya bertujuan untuk menyahut cabaran dan mengisi masa lapang memandangkan kerjanya banyak tertangguh akibat pandemik COVID-19.
View this post on Instagram
Penyanyi lagu Irama ini dalam pada itu memberitahu bahawa dia akan cuba mencuba pelbagai bidang seni dalam mengembangkan bakatnya selagi berpeluang untuk berbuat demikian.
Shiha Zikir yang pada mulanya dikenali sebagai penyanyi turut pernah berlakon dalam beberapa buah drama dan filem seperti Hantu Bonceng 2.0 dan pengacara rancangan TV.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.