Sahih! Surat Istana Pahang Sahkan Titah Adendum Benarkan Najib Razak Jalani Hukuman Di Rumah

Berita

Sahih! Surat Istana Pahang Sahkan Titah Adendum Benarkan Najib Razak Jalani Hukuman Di Rumah

Sebentar tadi, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendedahkan surat daripada Majlis Kesultanan Pahang yang mengesahkan wujudnya Titah Adendum yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.

surat titah adendum najib

Advertisement

Difahamkan, surat tersebut telah dihantar kepada anak sulung Najib iaitu Datuk Mohamad Nizar oleh Pengelola Bijaya Diraja Ke-Bawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman.

Dalam surat tersebut, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah selaku Yang di-Pertuan Agong ke-16 telah mentitahkan Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan menerusi penahanan dalam rumah bertarikh 29 Januari 2024.

najib razak kosmoSumber : MalayMail  

Susulan itu, Pengelola Bijaya bagi pihak Sultan Pahang memperakukan bahawa Titah Adendum wujud serta sahih.

yana najib
1 day ago

"Kalau Pakai Baju Bersih Boleh Lepas Tak.." - Yana Najib Sindir Rancangan Polis Sekat Jalan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...