Sahih Hattan Dan Isteri Bercerai Talak Satu

Hiburan

Sahih Hattan Dan Isteri Bercerai Talak Satu

Kalau beberapa minggu lalu Hattan, 48, menafikan dia telah bercerai dengan isteri yang baru dinikahinya pada November lepas seperti yang dilaporkan oleh seorang wartawan hiburan, Sinar Harian hari ini melaporkan yang penyanyi ini sah bercerai talak satu dengan wanita bernama Farah Asyikin Othman, 34, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah jam 11.30 pagi semalam.

Hattan bagaimanapun masih belum bersedia untuk memberi penjelasan tentang perceraian ini. Perkahwinan beliau dengan Farah Asyikin bertahan selama 2 bulan. Majlis pernikahan beliau diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri saudara-mara dan rakan terdekat termasuk Dato’ M. Nasir dan Man Bai di rumah Hattan di Seri Menanti pada 11 November. Gambar dari The Photographer Studio ini ialah dari hari majlis pernikahan beliau.

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...