Saharul Ridzwan Rugi RM30,000, Stok Serunding Berulat,-” Salah Saya Kerana Kurang Ilmu!”

Hiburan

Saharul Ridzwan Rugi RM30,000, Stok Serunding Berulat,-” Salah Saya Kerana Kurang Ilmu!”

Pelakon Saharul Ridzwan mendedahkan bahawa dia pernah kerugian hampir RM30,000 gara-gara kurang ilmu ketika mula-mula menceburi dunia perniagaan.

Saharul RidzwanSumber : Instagram Saharul Ridzwan  

Dia yang memulakan perusahaan serunding pada suatu ketika dahulu terpaksa menanggung kerugian berpuluh ribu ringgit dan stok makanan berulat akibat tidak mendapat sambutan daripada pelanggan.

Advertisement

Mengakui terlalu yakin akan kebolehan diri, pelakon drama Cinta Sekali Lagi ini berkata dia tidak boleh berputus asa jika ingin berjaya dalam perniagaan.

View this post on Instagram

A post shared by Ode.Scent (@ode.scents)

“Contohnya perniagaan serunding semasa bulan puasa, saya rugi hampir RM30,000..stok tak terjual sampai berulat sedangkan modal dikeluarkan dah banyak. Mungkin kerana ilmu, sebelum meniaga kita acah-acah buat serunding terbaik di dunia tapi tanpa ilmu dan bimbingan, baru saya sedar tak boleh guna populariti semata-mata untuk jana pendapatan.”

Saharul kini dilaporkan telah melancarkan produk terbaru berupa pewangi rumah dan kenderaan yang diberi nama Ode Scents.

Bagi perniagaannya kali ini, syarikatnya Pack Houz Sdn Bhd telah mengeluarkan modal sebanyak RM250,000 dan membangunkan jenama tersebut bersama rakan kongsi iaitu Nadzir Samsuddin.

Menjelaskan bahawa populariti sebagai artis bukanlah ‘tiket’ mudah untuk dia meraih kejayaan dalam perniagaan, Saharul berkata apa yang penting adalah ilmu dan bimbingan daripada mereka yang pakar adalah amat diperlukan dalam usaha membangunkan sesuatu produk dan jenama.

Sementara itu, bapa kepada dua orang anak ini turut menyedari bahawa kerjayanya sebagai anak seni tidak akan bertahan selamanya. Disebabkan hal itu juga,  dia kini mula mengorak langkah dalam bidang perniagaan dan kini menjadikan bidang lakonan sebagai suatu ‘hobi’ yang serius.

“Kita kena sedar yang populariti tidak akan kekal lama. Ia boleh datang dan pergi. Saya tak boleh salahkan sesiapa jika orang sudah tak minat saya lagi seperti dahulu. Tapi tak adalah sampai nak tinggalkan industri ini. Berlakon tetap menjadi minat utama saya.” – Saharul Ridzwan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...