Saharul Ridzwan Minta Maaf Jika Ada Rakan Artis Tidak Dijemput Ke Majlis Perkahwinannya

Hiburan

Saharul Ridzwan Minta Maaf Jika Ada Rakan Artis Tidak Dijemput Ke Majlis Perkahwinannya

Pelakon Mia Ahmad yang dikatakan bercinta dengan Saharul Ridzwan baru-baru ini ada menjawab persoalan mengenai ketidakhadirannya pada majlis perkahwinan Saharul dan Deena Emir.

Advertisement

Menurut Mia,  beliau tidak mempunyai sebarang alasan peribadi untuk hadir ke majlis perkahwinan Saharul, tetapi beliau sebenarnya tidak menerima sebarang jemputan daripada pihak pengantin sendiri.

Susulan daripada perkara berkenaan, Saharul menerusi portal mStar Online tampil memohon maaf sekiranya ada antara rakan artis yang tidak mendapat undangan ke majlis perkahwinannya yang diadakan pada 16 September lepas.

Menurut Saharul,  kad jemputan perkahwinannya telah diserahkan kepada pengurus majlis perkahwinannya dan mungkin ada beberapa nama yang terlepas pandang.

Semua jemputan artis, klien, produser dan kru produksi telah diserahkan kepada pengurus majlis (wedding planner). Minta maaf mungkin ada yang saya terlepas pandang.

Saharul Ridzwan dan Deena Emir bernikah pada 16 September  di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.

Pasangan ini kemudian mengadakan dua majlis resepsi perkahwinan iaitu di Dewan Sri Siantan Putrajaya dan bersama peminat dan rakan artis di Hotel Blue Wave, Shah Alam.

Biasalah tu, dalam kesibukan menguruskan hal perkahwinan, kadang-kadang ada perkara yang kita terlepas pandang. Jangan fikir negatif dan berkecil hati.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...