Menurut Mia, beliau tidak mempunyai sebarang alasan peribadi untuk hadir ke majlis perkahwinan Saharul, tetapi beliau sebenarnya tidak menerima sebarang jemputan daripada pihak pengantin sendiri.
Susulan daripada perkara berkenaan, Saharul menerusi portal mStar Online tampil memohon maaf sekiranya ada antara rakan artis yang tidak mendapat undangan ke majlis perkahwinannya yang diadakan pada 16 September lepas.
Menurut Saharul, kad jemputan perkahwinannya telah diserahkan kepada pengurus majlis perkahwinannya dan mungkin ada beberapa nama yang terlepas pandang.
Semua jemputan artis, klien, produser dan kru produksi telah diserahkan kepada pengurus majlis (wedding planner). Minta maaf mungkin ada yang saya terlepas pandang.
Saharul Ridzwan dan Deena Emir bernikah pada 16 September  di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.
Pasangan ini kemudian mengadakan dua majlis resepsi perkahwinan iaitu di Dewan Sri Siantan Putrajaya dan bersama peminat dan rakan artis di Hotel Blue Wave, Shah Alam.
Biasalah tu, dalam kesibukan menguruskan hal perkahwinan, kadang-kadang ada perkara yang kita terlepas pandang. Jangan fikir negatif dan berkecil hati.