Saharul Ridzwan Hadiahkan Honda Jazz Untuk Isteri

Hiburan

Saharul Ridzwan Hadiahkan Honda Jazz Untuk Isteri

Akui terkejut menerima hadiah sebuah kereta daripada suaminya, isteri kepada pelakon tampan Saharul Ridzwan iaitu Qaabila Deena Emir tampil berkongsi momen manis tersebut bersama pengikutnya di laman Instagram.

Saharul Ridzwan Hadiahkan Kereta, Isteri Menangis Sebab Terkejut

Advertisement

Ujar Deena, beliau bagai tidak sangka suaminya akan membuat kejutan memandangkan sambutan ulangtahun perkahwinan mereka adalah pada 16 September.

“Kejutan suami! MasyaAllah. Terkejut betul tadi sebab kami punya ulangtahun perkahwinan adalah pada 16 September.”

Deena juga tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih kepada suaminya selain menyatakan perasaan syukur di atas pemberian hadiah istimewa itu.

Saharul Ridzwan Hadiahkan Kereta, Isteri Menangis Sebab Terkejut

“Tapi dapat hadiah hari ini. Dia suruh siap tadi sebab nak record video untuk review (katanya). Habis lah comot muka Deena, mascara meleleh sebab menangis. Allahuakbar sayang @saharulridzwan thank you for the love & effort.  My prayers are always with you. #Alhamdulillah.”

Menjengah ke ruangan komen posting berkenaan, Deena yang dihadiahkan kereta jenis Honda Jazz itu dibanjiri kata-kata manis daripada pengikut khususnya peminat aktor tersebut. Malah ramai juga yang menyatakan bahawa Saharul merupakan suami yang sentiasa mengutamakan keluarga selepas bergelar bapa dan suami kini.

Saharul Ridzwan Hadiahkan Kereta, Isteri Menangis Sebab TerkejutTerdahulu, Deena telah sah bergelar isteri kepada Saharul pada 16 September 2016. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya matai aitu Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...