Penularan wabak COVID-19 semakin membimbangkan apatah lagi terdapat beberapa kes kematian. Ramai orang kini mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah virus tersebut.
Terbaru, pelakon Saharul Ridzwan berkongsi pengalamannya diperli gara-gara memakai sarung tangan ketika keluar.
Menurut Saharul, tidak salah untuk mengambil langkah pencegahan kerana virus tersebut tidak boleh dilihat menerusi mata kasar. Soal keselamatan tidak boleh diambil remeh oleh rakyat Malaysia.
Bagaimanapun, dia enggan ambil peduli sindiran itu apatah lagi datang daripada individu yang jelas tidak peka betapa bahayanya wabak COVID-19 ketika ini.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka serta menggunakan ‘sanitizer’ dan patuhi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang boleh mencegah COVID-19.

Anonymous
March 19, 2020 at 9:47 pm
Sekali dia bagi penampar, melekat sarung tangan getah ke pipi penyindir itu..
minah jambu say NO to drug
March 19, 2020 at 6:25 pm
takpe la dia pakai sarung tangan untok keselamatan dia dari terkena benda yg bukan2 ni lebih2 lagi virus yg menular..dia ada anak bini so tak salah kalau dia nak jaga keselamatan untok dia sendiri dan keluarga di rumah..
Nureza
March 19, 2020 at 3:40 pm
Ok apa. Lagi bagus
Adudu
March 19, 2020 at 2:46 pm
Krik krik