Penularan wabak COVID-19 semakin membimbangkan apatah lagi terdapat beberapa kes kematian. Ramai orang kini mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah virus tersebut.
Terbaru, pelakon Saharul Ridzwan berkongsi pengalamannya diperli gara-gara memakai sarung tangan ketika keluar.
Menurut Saharul, tidak salah untuk mengambil langkah pencegahan kerana virus tersebut tidak boleh dilihat menerusi mata kasar. Soal keselamatan tidak boleh diambil remeh oleh rakyat Malaysia.
Bagaimanapun, dia enggan ambil peduli sindiran itu apatah lagi datang daripada individu yang jelas tidak peka betapa bahayanya wabak COVID-19 ketika ini.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka serta menggunakan ‘sanitizer’ dan patuhi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang boleh mencegah COVID-19.