Saharul Ridzwan antara pelakon yang tidak perlu diperkenalkan lagi bukan? Boleh kata beliau cukup popular sekarang dan mempunyai jumlah peminat tegar yang ramai.
Namun, entah kenapa nama Saharul seringkali dikaitkan dengan masalah disiplin dan terbaru ada khabar angin mengatakan beliau bersikap sombong dan bongkak terhadap seorang pelakon vateran yang bergandingan dengan beliau dalam sebuah drama.
Menurut Cik Pang, Â Saharul langsung tidak bertegur sapa dengan pelakon vateran berkenaan yang agak popular dan berpangkat Datuk.
Saharul dikatakan hanya berdiam diri serta tidak menunjukkan rasa hormat apabila pelakon veteran  itu kebetulan berjalan dan duduk di sebelahnya.
Sudah menjadi adat orang kita untuk menghormati mereka yang lebih berpengalaman dan lebih tua daripada kita bukan? Jika benar Saharul sikap sebegini, sayang sekali kerana beliau mempunyai potensi dalam bidang lakonan. Populariti itu tidak kekal lama, ada jatuh bangunnya. Selalu bersikap rendah diri. Apa-apa pun kita lihat apa pula kenyataan Saharul tentang isu ini.