Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saharul Ridzwan Dan Isteri Bakal Berbulan Madu Di Mekah

Belum mempunyai kesempatan untuk berbulan madu secara berdua-duaan sejak berkahwin pada bulan September lepas, pelakon Saharul Ridzwan merencana untuk membawa isterinya, Deena Emir ke Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan ibadah Umrah sebagai hadiah bulan madu mereka.

Advertisement

Menurut Saharul, jika tiada halangan beliau dan isteri bakal ke Mekah sekitar awal tahun hadapan.

Kami sebenarnya ada pergi berbulan madu di beberapa destinasi seperti Thailand, Singapura dan Batam tetapi ia atas tajaan dan ada lokasi turut ditemani oleh kru produksi untuk penggambaran.

Kiranya percutian kami itu bukan secara berdua-duaan jadi sebab itu saya berhasrat untuk sekali lagi membawa isteri berbulan madu dan memilih Tanah Suci sebagai lokasi. Pemergiaan kami ke sana nanti hanya berdua sahaja dan Insya-Allah jika tiada halangan pada awal tahun hadapan kami akan berangkat ke sana.

Saharul juga sempat berkongsi kehidupan beliau selepas berkahwin. Tiada perubahan ketara lagi yang dirasai kerana Saharul dan Deena masih lagi cuba untuk menyesuaikan diri dalam suasana yang baharu.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Saharul akui kehadiran isterinya itu banyak mengubah dirinya untuk menjadi seorang lelaki yang lebih baik dan segala keperluan harian beliau kini terjaga.

Tiada banyak perubahan kerana kami pun baharu sahaja berkahwin dan masih dalam ‘mood’ pengantin baharu lagi tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.

Berbicara soal cahaya mata, Saharul menyerahkan soal itu kepada ketentuan Allah SWT dan meminta agar peminat mendoakan kebahagiaannya.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top