Luah rasa tidak senang hati apabila bil elektrik rumahnya melonjak tinggi sehingga RM1144.75, pelakon Saharul Ridzwan anggap kejadian itu bagai tidak logik kerana rumah berkenaan tidak didiaminya dan keluarga.
Menurutnya, rumah yang terletak di Cyberjaya itu tidak didiami mereka, malah mempersoalkan bagaimana perkara tersebut boleh berlaku kerana cas yag dikenakan di kediamannya itu adalah di luar jangkaan.
Rumah kat cyberjaya yang tak duduk pun kena charge ada penggunaan elektrik? Time pkp hantu berdisco bukak suiz kot kat dalam tu.
— Firas Iman (@SaharulRidzwan) June 17, 2020
“Rumah kat Cyberjaya yang tak duduk pun kena cas ada penggunaan elektrik? Time PKP hantu berdisco bukak suis kot kat dalam tu.”
Eh. Bukan main graf dia melonjak sampai macam tu. Ramai dah kena macam ni. Hari kena kat diri sendiri. Adoi. pic.twitter.com/WKvNtYXGOX
— Firas Iman (@SaharulRidzwan) June 17, 2020
Bagaimanapun menguatkan lagi kenyataannya itu, beliau turut memuat naik paparan “screenshot” yang mempamerkan graf penggunaan elektrik bulanan bermula bulan Januari sehinga Jun.
Katanya, beliau kini difahamkan seakan buntuk berdepan situasi ini dan tidak mengetahui sebab dan punca insiden ini berlaku malah turut runsing memikirkan solusi masalah tersebut.
Meskipun begitu, saharul juga dilihat memohon maaf kepada pengikutnya di laman Twitter apabila bertindak melepaskan marahnya di laman berkenaan.
Discount 15%, sauk balik berpercent percent. Tak nice la tu. Sorrylah lepaskan geram kat sini, at least marah tu tak tertuju kat sapa2. Kang aku membebel kat meter tu orang ckp gila
— Firas Iman (@SaharulRidzwan) June 17, 2020
“Sorry lah lepaskan geram kat sini, sekurang-kurangnya marah tu tak tertuju kat sapa-sapa. Kang aku membebel kat meter tu orang cakap gila.”
Sehingga kini masih belum hangat isu membabitkan caj penggunaan elektrik yang dikenakan kepada seluruh penduduk di Malaysia. Tidak ketinggalan, aktor Fezrul Khan juga merupakan salah seorang barisan selebriti yang turut sama tidak berpuas hati mendapati jumpa bil elektrik yang dibayar melambung sehingga RM1943.50.