Saharul Ridzwan Beli Rumah Baru, Dapat Seperti Dalam Doa

Hiburan

Saharul Ridzwan Beli Rumah Baru, Dapat Seperti Dalam Doa

Memiliki kediaman untuk keselesaan anak dan keluarga adaah suatu penghargaan besar buat seseorang ketua keluarga, perkara itu juga bagai menjadi realiti buat pelakon Saharul Ridzwan yang kini mampu menarik nafas lega apabila impiannya untuk mendiami sebuah kediaman yang menyenangkan untuk keluarganya kini telah tercapai.

saharul ridzwan beli rumah baru

Advertisement

Menurutnya, beliau amat bersukur apabila doanya selama ini untuk memiliki sebuah rumah yang mempunyai kemudahan parkir yang lebih efisyen dimakbulkan tuhan.

“Jadi, tahun ini Allah makbulkan doa saya, rumah saya sendiri ni parkir betul-betul depan pintu, sama level dengan rumah. Jalan beberapa langkah sahaja sampai dah rumah.”

Saharul berkongsi cerita tersebut kepada umum di laman Instagramnya malah masih menyatakan hasratnya andai diberi keizinan rezeki pada masa akan datang beliau tidak teragak-agak mahu memiliki rumah atas tanah pula.

“Walaupun belum lagi dapat beli rumah landed, tapi Allah makbulkan doa saya. Saya yakin inilah yang terbaik untuk saya pada waktu ini.”

 

saharul ridzwan beli rumah baru

Seperti sudah dijangka, menjengah ke ruangan komen, posting yang mendapat ribuan tanda suka itu dibanjiri kata-kata pujian buat Saharul yang sentiasa melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa yang mithali buat kecil mereka.

Malah, isterinya Deena Emir juga sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada suaminya yang sentiasa menyediakan yang terbaik buat dirinya dan anak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...