Sejak Saharul Ridzwan mengumumkan beliau bakal berkahwin, ramai juga yang tertanya siapakah gerangan bakal isteri aktor yang sedang meningkat naik ini.
Meskipun Saharul masih ingin merahsiakan identiti bakal isterinya itu, ada pula sumber yang mendedahkan beliau bakal berkahwin dengan Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir yang merupakan pemilik butik Wrap yang menjual pakaian muslimah.
Apa yang dapat saya sahkan, Saharul akan berkahwin pada pertengahan September depan dengan wanita bernama Qaabila yang pernah digosipkan dengan dia sebelum ini.
Sumber tersebut turut memberitahu pasangan berkenaan bakal bernikah di Dewan Seri Siantan Presint 3, Putrajaya pada 16 September depan.Kad jemputan perkahwinan Saharul dan Deena Emir  bakal diedarkan bermula pada bulan depan.
Terdahulu, Saharul pernah memuat naik foto bersama Deena Emir di akaun Instagramnya dan ramai peminat mengetahui mereka mempunyai hubungan istimewa.
Walaubagaimanapun, Saharul bertindak untuk memadam semua foto mereka berdua selepas timbul beberapa gosip dan memohon maaf kepada Deena Emir dan keluarganya yang turut terkesan.
Kami juga rasa ramai pembaca BeautifulNara sudah lama dapat meneka bahawa Deena Amir yang bakal menjadi isteri Saharul Ridzwan bukan? Hehe..Kami tidak terkejut sebenarnya ketika mendengar berita ini..