Saharul Ridzwan Akui Bakal Berkahwin

Hiburan

Saharul Ridzwan Akui Bakal Berkahwin

Sekitar minggu lepas, ada pihak yang memberitahu Saharul Ridzwan bakal bernikah pada 19 September ini. Ramai ingin tahu, siapakah yang telah berjaya mencuri hati Saharul dan adakah berita tersebut sekadar gosip semata-mata.

Namun, menerusi  portal Kosmo! Saharul mengakui beliau bakal berkahwin tidak lama lagi.  Namun, buat masa ini Saharul belum bersedia untuk berkongsi tarikh perkahwinannya kepada peminat.

Advertisement

Jelas Saharul, niat untuk berkahwin mula terdetik didalam hatinya ketika pulang daripada menunaikan ibadah umrah sekitar tahun lalu.

Saya ada berdoa untuk saya dan juga dirinya (kekasih) di depan Kaabah ketika menunaikan umrah pada bulan Ramadan tahun lalu. Usai balik daripada umrah hati saya terdetik untuk berkahwin pada tahun ini.

Bagaimanapun tempat dan tarikh perkahwinan masih dalam perancangan. Sebab kita tidak tahu perancangan Allah. Insya-Allah, saya akan beritahu bila tiba masa nanti.

Saharul pada masa yang sama memberitahu, beliau sebenarnya sudah mengenali bakal isterinya sebelum beliau aktif dalam dunia hiburan lagi. Mereka pernah menjalin cinta tetapi putus kira-kira empat tahun lepas kerana pada waktu itu masing-masing belum bersedia.

Saya mengenalinya sebelum masuk dalam industri lakonan lagi tetapi hubungan kami terputus di tengah jalan. Kami bertemu semula selepas empat tahun berpisah.

Ingin saya nyatakan, punca kami berpisah sebelum ini bukan sebab bergaduh tetapi masing-masing belum bersedia. Pada masa sama, saya mahu memiliki rumah dan kereta terlebih dulu sebelum menyara anak orang.

Tambah Saharul, bakal isterinya itu merupakan seorang ahli perniagaan. Pada anda yang mengikuti perkembangan Saharul pasti anda sudah boleh agak siapakah gerangan wanita yang bertakhta di hati Saharul sekarang.

Dia seorang ahli perniagaan. Orang mana dan umur nanti saya beritahu. Mungkin ada yang dapat meneka siapa orangnya. Saya juga tidak dapat menghalang mereka untuk meneka siapa gerangannya.

Mungkinkah wanita yang bakal menjadi isteri Saharul Ridzwan adalah Deena Amir? Ini kerana Deena Amir pernah dikatakan bercinta dengan beliau dan Deena juga merupakan seorang ahli perniagaan dan pemilik wrap.boutique.house …Hmmmpph…

Sumber Berita : Kosmo Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...