“Sahabat, Dunia Ni Kadang-Kadang Pelik..” – Sharnaaz Ahmad Harap Hafidz Roshdi Cepat ‘Sembuh’

Hiburan

“Sahabat, Dunia Ni Kadang-Kadang Pelik..” – Sharnaaz Ahmad Harap Hafidz Roshdi Cepat ‘Sembuh’

Sebelum ini, pelakon Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri sehingga mengalami kecederaan di bahagian pipi.

Menurut laporan Harian Metro, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintahkan pelakon berusia 29 tahun itu dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.

Advertisement

Tampil memberi sokongan, pelakon Sharnaaz Ahmad memberi pesanan kepada rakannya yang kini sedang berdepan dengan ujian berat.

Sahabat, dunia ni kadang-kadang pelik.. Allah tengah uji awak dan keluarga, stay strong buat awak dan isteri.

Menerusi hantaran di Insta Story, Sharnaaz berharap Hafidz segera mendapatkan kesembuhan dan kembali membetulkan apa sahaja kesilapan yang dilakukannya.

Cepat-cepat sembuh dan kembali perbetulkan mana yang longgar dan silap.You can get through this brother!!

Semoga dia kembali sihat dan isterinya kembali mencari kebahagiaan walau bukan bersama dia.

Dalam pada itu, pelakon berusia 37 tahun itu meminta netizen untuk tidak ‘mencurah minyak pada api’ dan mengambil pengajaran dan perkara yang positif disebalik apa yang terjadi.

Cuba ambik yang positif, tak cukup ke negatif dalam harian kita?

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Saje Nak Terlepas Dari Hukuman" - Perlu Jalani Rawatan Psikiatri, Netizen Dakwa Hafidz Roshdi Hanya 'Berlakon'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...