Peguam syarie, Azmi Rais mengesahkan berita mengenai anak guamnya, Syamsul Yusof mefailkan perceraian terhadap isterinya, Ira Kazar hari ini.
Difahamkan, Syamsul berbuat demikian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, Timur Selangor sebentar tadi.
Menurut Azmi, anak guamnnya itu memfailkan perpisahan kerana tiada persefahaman antara mereka.
Benar, Syamsul telah failkan cerai terhadap Ira pada petang (Isnin).
Terdahulu, wujud dakwaan yang mengatakan pasangan itu sedang dalam proses untuk berpisah.
Namun perkara itu tidak pernah disahkan kedua-dua belah pihak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.