Sah! Kesan Lebam Dileher Akibat Ditampar

Trending

Sah! Kesan Lebam Dileher Akibat Ditampar

Seperti yang kami tulis dua hari lalu, polis sedang melakukan siasatan berhubung kes guru menampar murid tahun dua. Pihak polis dan ibu mangsa akan mengambil langkah seterusnya selepas mereka mendapat keputusan laporan kesihatan daripada Hospital Kajang.

Semalam hari yang dinanti telah tiba, laporan kesihatan telah dikeluarkan dan keputusannya didapati kesan lebam berkenaan memang disebabkan oleh hentakan.

Advertisement

 ”Hasil laporan rawatan anak saya, Muhammad Emran yang dikeluarkan hospital kerajaan mendapati terdapat kesan lebam di bahagian tengkuk akibat hentakan.”

Ibu kepada adik Emran, Zuria Salmi Nik Mat, 36 tahun sedih dengan keputusan itu dan dia juga berasa amat kesal di atas dakwaan yang dibuat oleh guru tersebut sebelum ini. Kononnya lebam tersebut disebabkan oleh cuka dan nila yang disapu di leher anaknya kerana penyakit beguk.

Zuria menegaskan lebam di tengkuk anaknya memang disebabkan oleh tamparan guru tersebut di sekolahnya pada minggu lalu. Dia juga akan berjumpa dengan guru besar sekolah tersebut untuk proses pertukaran sekolah Emran.

“Saya uruskan semua perkara itu secara profesional dengan guru besar terbabit, saya ada tiga anak bersekolah di situ dan Muhammad Emran yang bongsu.

Saya berhasrat untuk menukarkan sekolah dua anak saya termasuk kakak Emran, Sarah Nur Saffiyah, 10, yang berada di bawah jagaan saya.”

Pada 14 Ogos lalu, Emran telah ditampar oleh seorang guru lelaki dan dia dirawat di Hospital Kajang. Dia juga diberi cuti sakit sehingga semalam (Jumaat). Disebabkan oleh kejadian itu, kanak-kanak berusia lapan tahun itu sedang berada dalam keadaan trauma dan tidak mahu pergi ke sekolah.

“Pada masa sama, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkaitan termasuk yang memfitnah saya bagi membersihkan nama saya dan ahli keluarga lain.” 

Zuria mengaku yang anak lelakinya itu kadang-kadang nakal seperti kanak-kanak lain dan tidak kisah jika ditegur oleh guru-guru di sekolah cuma sepatutnya hukuman yang diberi harus setimpal dengan kesalahan.

Kelmarin, pihak polis juga telah mengambil keterangan guru terbabit berkaitan dakwaan tersebut dan dia mengaku yang ada menampar murid tersebut tapi tidak lah begitu kuat sehingga boleh menyebabkan kecederaan.

Sumber: Berita Harian

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...