October 7th, 2010

faizal tahir kemalangan

Ingat lagi tak entri kami tentang Faizal Tahir kemalangan di Penchala Link? Time tue berita tersebut masih tak dapat disahkan. Tapi kami dah dapat info yang menyatakan memang betul Faizal Tahir eksiden seperti yang ditulis di entri tersebut.

Faizal Tahir ketika itu memandu Honda Civic Type R (salah satu kereta idaman kami). Kereta tersebut berpusing beberapa kali sebelum melanggar tembok. Katanya disebabkan permukaan jalan licin sangat macam ada minyak.

Kepada peminat-peminat Faizal Tahir jangan risau sebab FT hanya cedera sikit jer:-

[note]Setakat ini, Faizal berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat di rumah, tiada kecederaan serius. Cuma dia mengalami demam teruk disebabkan terkena hujan pada hari kejadian. Kakinya yang baru lepas pembedahan pula luka dan bengkak disebabkan terkena papan pemuka (dashboard). [/note]

Kepada Faizal Tahir semoga cepat sembuh dan boleh kembali beraksi. Semoga kita semua mengambil pengajaran daripada kes kemalangan Faizal Tahir nie. Malang memang tak berbau so kenalah berhati-hati sentiasa. Dan jangan lupa pakai seatbelt semasa memandu ye.

Ada 2 keping gambar kereta Faizal Tahir selepas eksiden dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Ini baru mat rempit sejati. Paling hebat seantero dunia.

kereta faizal tahir

kereta faizal tahir


Comments are closed.

Loading...