“Sah Dah La Tu” – Shuib Kongsi Foto Makan Di Restoran Mewah Bersama Anak, Netizen Nampak Bayang Watie di Cermin?

Hiburan

“Sah Dah La Tu” – Shuib Kongsi Foto Makan Di Restoran Mewah Bersama Anak, Netizen Nampak Bayang Watie di Cermin?

Kehidupan peribadi Shuib nampaknya sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dia dikatakan telah keluar makan malam bersama seorang usahawan wanita yang dikenali sebagai Watie Hanifiah.

Watie sebelum ini pernah menjadi tumpuan warga maya kerana didakwa sedang bercinta dengan pelawak itu.

Advertisement

Menerusi satu hantaran di Instagram, Shuib bersama anak-anak dilihat sedang menjamu selera di restoran mewah cef terkenal antarabangsa, Gordon Ramsay.

Apa yang menjadi bahan bualan netizen adalah apabila muncul satu refleksi menyerupai kelibat Watie berada di cermin belakang Shuib yang memakai pakaian berwarna hitam.

Malah, di Instagram Watie, dia juga ada berkongsi momen ketika dia sedang menikmati juadah mewah di restoran yang sama seperti Shuib dan anak-anak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Sehubungan dengan itu, netizen tampil meninggalkan komen di ruangan media sosial kedua-dua figura ini dan tumpuan lebih tertumpu kepada Shuib di mana netizen meminta agar dia tidak menyimpan rahsia lagi sekiranya benar mereka berdua kini berhubungan lebih daripada seorang kawan.

Netizen juga mendoakan agar kedua-duanya gembira dan segera melangkah ke alam perkahwinan.

Terdahulu, Shuib ada menafikan dia kini bercinta dengan Watie setelah tular beberapa foto memaparkan mereka berdua berpakaian sedondon ketika menonton konsert Anuar dan Ziana Zain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aishah salam artis boleh hilang roh
2 years ago

“Salam Artis Boleh Hilang Roh” - Aishah Minta Ustazah Viral Jangan Hina Selebriti, Bimbang Hilang Rasa Hormat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...