Penyanyi Zehra Zambri dan Nur Mohd Iqwan Samsudin sah bercerai talak satu menerusi talak raj’ie hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.
Zehra, 38, akui berasa lega dan mahu membuang jauh-jauh perkara yang lepas dan hanya fokus pada kehidupan akan datang bersama anaknya.
Akan galas tanggungjawab bapa selepas ini
Kata Zehra, dia sudah memaafkan bekas suaminya terhadap apa yang mereka lalui sepanjang empat tahun bersama dan jadikannya pengajaran dalam hidup.
Tambah penyanyi itu, anaknya baru berusia tiga tahun dan masih untuk memahami apa yang berlaku dan dia bersedia menggalas tanggungjawab sebagai ayah juga.
Sakit semua itu, kita simpan. Bagi anak saya yang masih kecil itu, rasanya dia pun tahu kot kehidupan dia bangun tidur, mama, mama. Jarang sekalilah dia nak mencari ayah dia sebab dah lama juga ayah dia tidak datang jenguk.
Mahu pastikan anak tak rasa kurang
Akui bersedia untuk tanggungjawab besar selepas ini, Zehra berkata dia akan cuba untuk memenuhi segala keperluan anaknya, Zahiyah Iqleela untuk memastikannya bahagia dan sentiasa dipenuhi kasih sayang.
Sebagai ibu, saya nakkan yang terbaik untuk anak saya. Jadi, saya akan pastikan dia tak akan kurang sedikit pun. Saya akan lengkapkan hidup dia (anak), InsyaAllah. Dengan kudrat yang ada, saya akan kerja keras.