Sah Cerai Talak 3 & Diharam Rujuk Semula, Siti Jamumall Akui Tak Kuat – “Berharap Jatuh Talak 2.. Perpisahan Yang Paling Menyakitkan”

Kehidupan

Sah Cerai Talak 3 & Diharam Rujuk Semula, Siti Jamumall Akui Tak Kuat  – “Berharap Jatuh Talak 2.. Perpisahan Yang Paling Menyakitkan”

Semalam, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah pun mengesahkan bahawa perkahwinan pempengaruh, Siti Jamumall dan suami, Aiman sah talak tiga selepas lelaki tersebut melafazkannya secara live, sebelum ini.

Berharap dapat selamatkan perkahwinan yang dibina tapi..

Susulan itu, Siti Jamumall memuat naik satu hantaran di laman TikToknya meluahkan rasa sedih dan berharap agar perkahwinan mereka dapat diselamatkan, lagi-lagi dia baru saja 10 hari melahirkan anak perempuan hasil perkahwinan itu.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, Siti berharap agar hanya jatuh talak dua, namun takdir telah menyatakan yang sebaliknya.

aiman siti jamumall

Siti turut mengambil kesempatan itu untuk membuat permohonan maaf kepada Aiman atas segala yang sudah berlaku, bahkan sempat memuji usaha bekas suaminya yang sentiasa disisi ketika dirinya diuji.

Perpisahan yang paling menyakitkan

Sejujurnya i sendiri berharap untuk jatuh talak 2 sahaja. Tapi apa boleh buat, keputusan mahkamah dah keluar harini… kita memang tak boleh bersama kembali. I tak kuat nak hadap.

tiktok siti jamumall

Tambahannya lagi, biarpun ada kesalahan yang dilakukan oleh Aima tetapi banyak juga kebaikan yang telah dibuat oleh bekas suami untuk dirinya.

Buat masa sekarang, saya perlukan masa untuk heal. Perpisahan yang paling menyakitkan. Memberi kesan paling besar dalam hidup Siti.

Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Jun tahun lalu di Satun, Thailand. Ini merupakan perkahwinan kedua Siti yang sebelum ini pernah berkahwin selama empat tahun dan dikurniakan dua anak lelaki, Putra Adam Rizki, berusia lima tahun dan Putra Aiman Zafran, tiga tahun.

siti jamumall aiman
2025-09-22 19:01:57

Siti Jamumall Dan Aiman Jatuh Talak Tiga, Diharamkan Rujuk

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...