Sah Benjy, Anak Azean Irdawaty Terlibat Sindiket Edar Dadah

Hiburan

Sah Benjy, Anak Azean Irdawaty Terlibat Sindiket Edar Dadah

benjy anak azean irdawaty

Anda terkejut beruk, kami pun lagilah terkejut beruk. Siapa yang tak terkejut bila artis yang kantoi dengan dadah bernilai RM650,000 tersebut adalah Benjy, anak kepada Azean Irdawaty. Selama nie mana ada apa-apa kontroversi pasal si Benjy nie. Memang artis yang baik ajer dia.

Advertisement

Tapi harap semua bersabar ye sebab Benjy belum lagi disahkan bersalah. Hanya ditahan reman selama 7 hari untuk membantu siasatan. Bersalah atau tidak, kita kena tunggu sama-sama nanti. Harap-harap tak bersalah sebab hukuman bagi mereka yang bersalah adalah gantung mandatori.

Untuk pengetahuan anda semua, penangkapan Benjy nie ada kaitan dengan makmal mini membuat dadah. Kiranya bukan untuk kegunaan sendiri saja lah. Kalau sampai tahap ada makmal, rasanya mungkin untuk edar kepada orang ramai sekali kot.

Selepas ditangkap, Benjy disahkan positif methamphetamine selepas melakukan ujian air kencing. Sukar nak percaya ada artis kita yang terlibat dengan penggunaan dan pengedaran dadah. Buat masa ini, selagi tak disahkan bersalah, marilah sama-sama kita doakan agar Benjy betul-betul tak ada kaitan dengan hal nie.

Kami kesian sangat-sangat dengan Azean Irdawaty yang tak percaya dengan penangkapan anaknya. Kalau kami jadi Azean pun kompem kami tak percaya anak sendiri ada terlibat dengan dadah. Antara kata-kata Azean yang menujukkan ketakpercayaan dengan penglibatan Benjy ialah:-

[note]Masalahnya, Benjy selalu pokai dan kerap minta tolong dengan saya walau untuk bayar duit rumahnya atau duit belanja untuk ke pasar. Macam mana surat khabar kata dia boleh jual sampai beratus-ratus ribu. Kereta pun dia tak ada. Lagipun Kak Yan Google (di Internet) orang kalau ambil benda itu kurus dan hiperaktif sedangkan Benjy gemuk, suka tidur. Selain itu, dia sering menghabiskan masa di kolam pancing pagi, petang, siang dan malam.[/note]

Buat Kak Yan, semoga tabah dan cekal menghadapi dugaan ini. Selagi tak dibuktikan bersalah, selagi itu nama anak anda masih bersih.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...