August 13th, 2019

Mahu berubah ke arah yang lebih baik, usahawan kosmetik Safiey Illias melakukan pengorbanan terbesar dalam hidupnya dan mengetepikan kehendak diri sendiri.

safiey illias

Safiey tampil berpakaian lelaki bersempana Hari Raya Aidiladha tahun ini dan meluahkan rasa syukur dapat menunaikan janji kepada ibu bapanya.

Menerusi akaun Instagramnya, Safiey memberitahu sambutan hari raya lalu merupakan kali terakhir dia beraya sebagai seorang perempuan.

safiey illias raya lelaki

Masih lagi mencari hidayah, Safiey berkata dia mahu berubah secara perlahan tanpa sebarang desakan ataupun paksaan.

Rata-rata netizen gembira dengan perubahan yang dilakukan Safiey dan mendoakan agar dia terus istiqamah.

safiey illiassafiey illias tunaikan janji beraya sebagai lelakisafiey illias raya lelakiTidak dinafikan bila hendak berubah akan ada dugaan tetapi kami harap Safiey bersabar, kekal tabah dan semoga terus istiqamah untuk berubah menjadi seorang insan yang lebih baik.


28 responses to “Safiey Illias Tunaikan Janji Beraya Sebagai Lelaki”

  1. Smile says:

    Be yourself….asal lelaki tak perlu ubah kejadian nak jadi perempuan…..bukan tak memahami org yg Ada naluri perempuan….ikut jelah kemahuan naluri perempuan asalkan jgn ubah jadi perempuan. I hope my explanation is enough to make u understand about biologi

    • Anonymous says:

      Adakah maksud anda yg ada bernaluri perempuan..yg berkeinginan berkawin dgn lelaki..yg bole jatuh cinta dgn lelaki..yg bernafsu dgn lelaki dan tidak degn perempuan…kena jgk tahan sebagai lelaki sampai mati? …
      Berat tu…Allah maha mengetahui..Allah yg menjadikan siapa kita sewaktu dilahirkan dan kenapa kita yg harus dipersalahkan

    • Smile says:

      APA no Telefon kau dik, akak nak ajar Cara menyintai perempuan walaupun bernaluri perempuan. Cakap kat forum ni, susah akak memahami kau dik

    • Anonymous says:

      Apa no tel kau kak..adik nk ajar akak faham betul2 apa yg akak ckp..
      “Ikut jelah kemahuan naluri permpuan asal jagn ubah menjadi perempuan” ini kata2 akak
      So skg akak jugk yg setuju “kutkan jelah kemahuan perempuan.. tapi jagn ubah menjadi perempuan….
      Skg komen saya seblum ni pada akak saya nk tanya…kalu dh 100% berjiwa wanita dan akak sendiri kata ikutkan aje..
      So sampai mati dia tidak bole tukar kepada wanita tapi bole buat apa saja yg wanita buat..menyintai lelaki…berkahwin dgn lelaki..kerana ini sifat2 semulajadi wanita..faham tk maksud saya..saya lagi bingung kak…
      By the way akak pernah ke seorang menyintai wanita..sesama jenis akak? Itupun kalau akak ni wanitalah..

    • Maliq says:

      kalaulah semudah seperti anda katakan..sudah pasti saya dah berkahwin,beranak pinak dan bercucu sekarang seperti orang lain…Luaran saya nampak seperti lelaki normal dan sempurna…tapi sejak di lahirkan perasaan dan tarikan seksual hanya sesama jenis. Pelbagai cara,beratus ribu sudah dihabiskan untuk berubat…Munajat,doa ikhtiar langsung tidak mengubahnya ketetapan naluri asal walau seinci pun..Secantik mana wanita pun,langsung tidak ada selera melihatnya…malah rasa geli dan jijik bila bayangkan untuk bersetubuh dan memadu asmara ..sama dengan perasaan lelaki normal yg dipaksa menggauli lelaki lain…
      Dalam usia semakin senja aku lebih rela merana keseorangan dari hidup berpura2 dan menganiaya pasangan…Biarlah…Allah sedang menguji aku dalam kehidupan yg sementara ini…Biarlah Dia sahaja yg menilai setiap amal dan dosa2 manusia…

    • Anonymous says:

      Sebenarnya peristiwa lelaki suka dengan lelaki dah pernah berlaku Di zaman Nabi Luth, adik pernah dengar tak cerita ni….oleh kerana kaumnya ingkar nasihat Nabi Luth.

      Sebagaimana kita ketahui, kaum Nabi Luth ditimpa azab serta penghinaan daripada Allah SWT akibat keingkaran serta sifat melampau mereka mengamalkan hubungan homoseksual.

      Dalam kisah Nabi Luth, selepas matahari terbit tibalah seksaan Allah SWT dengan menurunkan hujan batu daripada tanah liat yang panas serta gegaran yang kuat sehingga kota itu musnah terbalik.

      Kisah itu perlu dijadikan iktibar bukan hanya buat golongan homoseksual semata-mata, malah apa saja bentuk dorongan seksual songsang lain termasuk pengamal gaya hidup lesbian, biseksual dan transgender perlu berasa gerun dengan ancaman azab yang cukup dahsyat itu.

  2. Sis-tur-sung-kur-jua says:

    Bencilah pada dosa nya, bukan pendosa.. 20 kali dia taubat pon, inshaAllah Allah terima.. Makin kuat die struggle nak berubah, makin beso pahala die.. Komen lah yg baik2.. Niat dalam hati, hanya die dan Allah yg tahu..

  3. rew says:

    harap jgn ada gay yg mendekati ..dia nak berubah ke arah baik..

  4. Cacamarba says:

    Nak launching produk la ni.. Nak org percaya.. Podah.. Apa pon kalau kau btul2 nak berubah semoga tuhan permudahkan

  5. Maliq says:

    Ujian dilahirkan dengan naluri gay..maknyah..maupun lesbian adalah ujian paling berat bagi seseorang anak Adam..hanya yg melaluinya sahaja yg tahu beratnya..para Nabi pun tidak di uji sebegitu berat…Bagi yg mempunyai naluri normal sangatlah mudah untuk menghukum,mengajar,mengecam dan mengutuk mereka…Hanya dengan pegangan agama yg kuat..jiwa yg kuat..mampu menjalani ujian sebegitu hebat…berapa ramai yg menyembunyikan perasaan mereka dan berjuang secara diam2 untuk tidak mengikuti tuntutan naluri mereka kerana takutkan balasan Allah..Tiada dosa dilahirkan dengan kecelaruan naluri…yg berdosa adalah perbuatan yg sengaja mengikut hawa nafsu…Pada yg di uji sebegini,sabarlah dan bertaqwalah pada Allah dengan sebenar2 taqwa…Insyallah ada ganjaran besar menanti anda…Jangan memaksa diri berkahwin jika tidak mempunyai nafsu kepada pasangan kerana hukumnya haram…jangan menganiayai diri sendiri dan pasangan anda jika anda tidak mampu dan yakin untuk berkahwin…tumpukan hidup anda untuk beribadah kepada Allah..sabarlah,kerana hidup di dunia ini sekejap sahaja berbanding hidup selepas mati yg kekal abadi.

Loading...