Umum mengetahui tentang hubungan mesra usahawan kosmetik penuh kontroversi, Safiey Illias dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Syah James. Mereka ini sudah ibarat seperti belangkas dimana sahaja Safiey berada pasti Syah akan ada di sisinya sehingga ada yang mengatakan mereka ini sebenarnya pasangan kekasih.
Tebaru, mereka berdua mencetuskan spekulasi apabila memuat naik ‘posting’ menggambarkan hubungan mereka sudah retak. Malah, Safiey menerusi akaun Instagramya berkata dia dan Syah sudah tiada apa-apa dan enggan orang ramai terus mengaitkan dirinya lagi dengan jejaka berkenaan.
Syah pada masa yang sama turut memuat naik satu luahan dimana dia sangat menghargai segala jasa Safiey yang banyak membantunya ketika sedang susah dahulu. Namun, dia juga ada menyatakan siapa yang akan menjaga Safiey selepas ini jika dia sudah tiada.
Bukan itu sahaja, Syah juga nampaknya sudah memadam fotonya bersama Safiey dan ia mungkin juga salah satu langkah untuk dirinya melupakan segala kenangan bersama.
Walaubagaimanapun, netizen agak skeptikal dengan kenyataan yang dibuat oleh Safiey dan Syah. Mereka menganggap ia mungkin sekadar gimik sahaja untuk mempromosikan produk.