Written by Bella | October 1st, 2018

Dua usahwan popular Safiey Illias dan Nur Sajat masing-masing mempunyai kontroversi hangat terutama sekali melibatkan soal jantina mereka. Pendek kata, apa yang mereka lakukan pasti sahaja akan mendapat perhatian dan mengundang segala macam jenis kecaman dan kritikan.

Terbaru, kemunculan mereka dengan membuka booth perniagaan di sebuah karnival jualan popular mendapat bantahan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Perak.  Pihak tersebut telah melakukan serbuan dan memaksa agar Safiey dan Sajat menarik diri dari acara berkenaan dan sekaligus menutup gerai mereka.

Insiden itu membuatkan Safiey dan Sajat kecewa dan meluahkan rasa kurang senang sesetengah pihak yang tidak adil menutup periuk nasi stokis-stokis yang menjual produk mereka. Perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana mereka yang terlibat hanya ingin mencari rezeki dengan cara yang halal.

Safiey juga mendakwa pekerja beliau dimalukan dengan begitu teruk. Meskipun terkilan dengan apa yang berlaku, Safiey menganggap ia adalah satu ujian buatnya.

Apa pandangan anda pula tentang isu ini? Wajarkah tindakan seperti itu diambil?

Sumber Berita : FORUM CARI

57 responses to Safiey Illias & Nur Sajat Kecewa Booth Perniagaan Diarahkan Tutup Oleh NGO

  1. Kakfake says:

    Boikot produk geng LGBT sekali iaitu gang kak fakezura

  2. PBT says:

    NGO masuk diIRINGI oleh pihak penganjur Mood Republik,pihak keselamatan Casuarina,pihak RELA,diiringi masuk dan dibawa melawat semua booth,sepanjang didalam dewan pameran Mood Republik,kesemua NGO dikelilingi oleh pihak keselamatan Casuarina dan juga wakil2 penganjur Mood Republik,memang NGO berkenaan ada bergambar di depan pentas utama dan didepan booth Sajat,bergambar je pun,siap pihak keselamatan Casuarina tolong ambilkan gambar lagi,
    so datang mana rusuhan dan huru hara tu pun x tahu la,NGO cuma bantah IKON LGBT sahaja,orang nak berniaga mana ada kacau apa pun,takkanlah ambil gambar depan booth nak dikira sebagai merusuh dan buat huru hara lak,ramai kot saksi2 dalam dewan tu.
    Bagi logik sikitlah ya,kalau betul NGO merusuh dan buat huru hara,mesti dah duk kat balai polis dah sebab SB pun ramai,siap pihak PDRM pun ada
    ni semua elok je duk dalam tu 45 minit,pastu semua dah bersurai bila dah puas hati takde IKON LGBT naik stage dan berpakaian perempuan,NGO masuk kesitu diringi dan keluar dari situ pun diiringi.semuanya berjalan dgn lancar dan tenang je

  3. sisrasa says:

    dulu masa safiey ilias wat booth kat Kuantan, serius tengok depan mata yg menjualnye kebanyakannye mak nyah, pastu yg datang membeli pun budak lelaki yg dah ala2 ke arah tu jugak. Bukan nak cakap ape la,cuma sedih tengok keadaan mcm tu. Bayangkan kalau bende mcm ni berleluasa, makin ramai anak2 kita nnt jadi mcm ni kalau kita x buat sesuatu yg drastik mcm NGO tu buat.

  4. PBT says:

    NGO masuk diIRINGI oleh pihak penganjur Mood Republik,pihak keselamatan Casuarina,pihak RELA,diiringi masuk dan dibawa melawat semua booth,sepanjang didalam dewan pameran Mood Republik,kesemua NGO dikelilingi oleh pihak keselamatan Casuarina dan juga wakil2 penganjur Mood Republik,memang NGO berkenaan ada bergambar di depan pentas utama dan didepan booth Sajat,bergambar je pun,siap pihak keselamatan Casuarina tolong ambilkan gambar lagi,
    so datang mana rusuhan dan huru hara tu pun x tahu la,NGO cuma bantah IKON LGBT sahaja,orang nak berniaga mana ada kacau apa pun,takkanlah ambil gambar depan booth nak dikira sebagai merusuh dan buat huru hara lak,ramai kot saksi2 dalam dewan tu.apatah lagi kata NGO serbu dan suruh mereka tutup booth,fitnah je semua tu,NGO masuk buat lawatan dan diIRINGI.

    Bagi logik sikitlah ya,kalau betul NGO merusuh dan buat huru hara,mesti dah duk kat balai polis dah sebab SB pun ramai,siap pihak PDRM pun ada

    ni semua elok je duk dalam tu 45 minit,pastu semua dah bersurai bila dah puas hati takde poster2 IKON terbabit,takde IKON LGBT naik stage dan berpakaian perempuan,NGO masuk kesitu diringi dan keluar dari situ pun diiringi.semuanya berjalan dgn lancar dan tenang je

  5. manja says:

    saya sokong …kerana nila setitik rosak susu sebelanga ..kerana diaorg kita yg dapat bala… klau kita x cegah kita yg ak terpalit